Thursday, January 26, 2017

Fate

Assalammualaikum....

Otak & jari aku sekarang agak tidak sehaluan. Haha..! Ngarot..! Sejujurnya aku pun kurang pasti apa isu yang aku mau kongsikan. Agak banyak benda yang bermain dalam fikiran aku. So, aku just pick topik yang mudah.

Fate / Destiny 

Aku kept ulang lagu ni. Ibarat aku dah jatuh cinta banyak kali. Serupa dengan lagu 'Sudahku tahu'. Serius aku minat giler lagu tu. Dua-dua lagi ni buat aku addicted. FYI, aku tengah lagu 'Fate by Lee Sun Hee. Korang boleh search di Youtube. Meaning lagu ni buat aku sebak dow... Jom aku share lirik lagu ni k.. Hayati k. Dengar sambil fahami lirik dia. Aku hampir nangis weiii... :(

Fate (Eng Translate)

Promise me that when this moment's over and we meet again
That we can put everything in the past and stand by each other
 
This is what we call fate, it's something we can't deny
Will I ever experience another day as glorious as today?
 
You're a gift upon this exhausting path of life
I'll continuously wash and shine our love so it won't rust away
Our meeting was short like a drunken affair, but it was real
 
Even though this cannot last, I won't resent it because nothing is foever
This is what we call fate, it's something we can't deny
Will I ever experience another day as glorious as today?
 
There's so much i want to say, but you probably already know
When we meet again some time in the future
Please don't let go again
The love we couldn't have in this life
The fate we couldn't live in this life
 
When we meet again some time in the future
Please don't let go of me

Lagu ni ada banyak cover. And paling aku suka bila Hyorin SISTAR yang bawak. Suara dia mantap.! Plus dia masukkan emosi tu memang betul-betul buat kita masuk sekali dalam feeling. Cuma xleh la kalahkan penyanyi asal yg bawak. Ye dok? Hehe Tapi walaupun aku rasa mo nangis hati masih kering beb. Hahaha. 

Tuesday, January 17, 2017

BerLagak

Assalammualaikum.....

Ok, kisah yaang aku mahu kongsikan ni jadi minggu lepas. Agak kesal sikit bila apa yang aku risaukan tidak dianggap serius malahan dianggap BERLAGAK semata-mata.

Aku ada seorang sahabat atau boleh dikatakan teman tapi mesra. Sejujurnya aku pernah menaruh perasaaan & dia sendiri aware pasal tu. So, kami just teruskan memandangan dia sudah pun bertunang. Dekat setahun lebih jugak la kami berkawan rapat. Sampai 1 tahap dia pun berkahwin. Dia ada juga datang jemput tapi aku x sanggup datang. Kenapa?? Sebab dia satu-satunya kawan yang aku kenal. Obviously dia memang akan sibuk layan tetamu. Daripada aku jadi kera sumbang, jalan selamat baik aku x perlu datang.

Seminggu or 2 minggu lepas wedding dia, kami ada contact sekejap. Bertanya khabar masing-masing. Masa tu aku dah start layan endah x endah la. Laki orang kot. Well, dia banyak bagi pengaruh dalam hidup aku la. Dia sahabat yg sgt aku sayangi. Tapi aku mesti set batas awal-awal. Aku hormat itu.

Macam ni, minggu lepas dia ada message. (Butiran msg terpaksa disembunyikan). So, dia ajak la lepak sebab kebetulan dia ada area sini. Dia tanya nak ke. So aku jawab la ok. Boleh saja. Then he asked again and again. Aku jawab senang saja sebab dia sendiri penah bagi jawapan macam ni. Nak datang, xnak x perlu datang. Senang. 

So, dari jawapan tu la dia kata aku ni BERLAGAK. Aku pun tersentak. Berlagak? Tang mana aku berlagak??. Panjang lebar dia balas. Aku x mampu balas pun sebab aku balas x guna bila dia sendiri dah fikir macam tu. Mampu ka aku ubah fikiran dia yang dah memang fikir macam tu?.. 

Sahabat, cuba fahami aku boleh x?.. Aku x minta banyak tapi tolong faham aku. Perasaan aku towards ko belum hilang sepenuhnya. Jadi, tolong laaa mengerti kenapa aku cakap macam tu. Bukan berlagak. No.! Hey, aku happy ko ajak aku lepak. Lama kot x borak mcm orang gila dengan ko. Aku masih simpan lagi kot lagu yang ko nyanyi tu. Sampai bila-bila aku simpan.

Mungkin lepas ni ko dah x msg aku lagi. Tegur aku pun x mungkin. Aku redha beb. Aku tetap anggap ko istimewa dalam hati aku. Aku cuma mampu doakan ko bahagia dengan wife & bakal hero heroine kelak. Ko happy aku dah happy dah.

Well, cinta x semestinya memiliki kan?. Bagi aku peluang move on k.. And maafkan aku selama kita kenal aku ada buat salah. Halalkan apa yang pernah ko bagi aku dulu :)

Wednesday, December 28, 2016

Sweet Fight

Assalammualaikum....

Rasanya dah lebih seminggu aku x contact dengan Queen. Since aku tegur dia pasal WhatsApp. And tadi buat ayat x matang dalam group. Huhhhh..!!! Bila aku tegur sentap. Bila diam kang lebih-lebih. Huh!. Apalah salahnya bertindak sewajar dengan umur. X boleh or rasa tercabar sebab orang yang lebih muda menegur?. Sangat tidak matang.

Kira baguslah aku tegur thru WhatsApp saja. Kalo depan-depan? X meninggi suara?. Sepatutnya aku mengalah tapi bila memikirkan ketidakmatangan semakin berleluasa aku jadi makin sakit hati. Ntah setan jenis apa yang merasuk diri ini. So, in the end aku just balas apa yang aku rasa berhemah. 

Apapun, azam 2017 ni aku belum fikir lagi tapi rasanya tetap azam yang sama.. Pertambahan 1-2 azam baru which is aku belum dapat kongsi lagi. Apa yang aku perlukan sekarang adalah???? Short vacation. Sweet escape maybe? We'll see. 

Perlukan teman?? Mungkin tidak. Single nampak menyedihkan tapi aku harungi jua.. Yezaaa..!!!

Tuesday, December 27, 2016

Mimpi Yang Sempurna

Assalammualaikum...

Sepanjang tahun 2016, mimpi pagi tadi aku rasa yang mampu buat aku x berenti berfikir sampai sekarang. Dup dap dup dap dari siang tadi. Gosh, aku x boleh berenti berfikir. Haha. And oleh sebab itu aku mesti luahkan. Simpan lama-lama mau meletup otak aku fikir.

Aku masih ingat. Aku pernah mimpi situasi ni. Bezanya mimpi yang sekarang ni aku dijodohkan dengan orang yang aku x kenal. Aku terima pinangan tu tapi aku langsung xmo tahu siapa. Bagi aku masa tu aku malas mau fikir banyak. So, sepanjang masa tu (kalau x silap scene masa dalam sekolah), aku cuma mau belajar kononya. Ibarat budak baru masuk sekolah (padahal umo dah boleh jadi mama budak).. 

Then suddenly, ada orang bagi aku tengok gambar si tunang. Aku pun macam 'OHMYGODDDDD'...
Lelaki yang popular di sekolah. Ohmygoshhhhhhhh!!. Punya aku terkejut. Lelaki tu tahu tapi pura-pura xtau. So, no wonder dia jaga aku baik punya. Ibarat senior. Huhhh!. Mimpi mengarut apakah ini? Movie mana yang aku bayangkan before tdo?.. Tiada.

Apapun maksudnya,bagi aku tu cuma mainan tdo. Aishhhhh!!! Tapi still buat hati ini berdegup kencang-kencang. Hahahha. OK. Done.! Bye...!!!!! :P

Wednesday, December 21, 2016

Nora Tut Tut...

Assalammualaikum.....

Ok, malam ni kita nak kongsi apa? Isu semalam agak panas jugak laaa. Walaupun merapu sedikit. Ahh peduli.! Lupakan yang semalam. Kita focus here and now. Rogers punya pendekatan. Haha..

Tiap malam aku dok fikir 'apa aku nak buat malam ni.?' 'Keluar.?' 'With who.?' Then aku fikir balik. 'Bukan selama ni ko memang sendiri, so why bother now.?'.. So akhirnya kriik kriik kriik pun berlaku tanpa sedar. Sedar je aku dah sibuk menaip depan lappy ni hah. Haha. Korang  boleh la bayangkan if punya perasaan yang sama.

Aku suka mengadu dengan 'Sisterhood group' & dengan adik aku. Kenapa la kunun? Jawapanya aku memang sudah agak. Bukan tiada orang ajak keluar. Ada. Cuma aku menolak untuk x ke mana-mana. And sekarang mengadu. Bila orang ajak aku fikir 'ahhhh, di rumah lagi best. kalo mau keluar kena fikir baju, poket money, then tudung apa mau pakai.'

Teetttttt. :P

Tuesday, December 20, 2016

Vibe

Assalammualaikum.....


Curang.? Skandal.? 

Mungkin pendapat aku x sama dengan orang lain. Cuma aku luahkan apa yang aku rasakan. Sama ada betul or tidak terpulang pada pemikiran masing-masing. 

Apa pendapat korang tentang 'Group WhatsApp Sekolah Lama?'.. Bagi aku grup macam ni bullshit..! Sebab apa? OK. 1st aku xmo sentuh pasal grup lain walaupun tajuk grup x sama tapi apa yang jadi kesannya sama saja. 

Yes, sejujurnya if kita jumpa kawan dah laaaaammmmaaa x jumpa kita rasa sangat gembira. Kadang-kadang boleh teringat balik kenangan masa belajar dulu-dulu. Mengenang x kisah. Yang buat aku kisah bila dorang tidak hormat dengan masa sekarang. Keadaan sekarang. Married life. Zaman sekarang, dari yang aku perhatikan kisah suami or isteri curang bermula dari grup WhatsApp sekolah. Yang lost contact 20 tahun lepas (sebagai contoh). Jadi memang berhubung semula sangat best. Bagi yang tahu membataskan diri, tu xda masalah. Macam mana pula dengan mereka yang tidak tahu membezakan realiti & maya?

Peluang macam ni memang x akan dilepaskan. Betul? Terutama bagi yang mempunyai kisah 'cintan cintun' dulu-dulu. Mula la buat throwback. Bergurau senda. Sampai membawa ke PM..

Ok, sini aku bagitau bermula dengan Salam or Hi inilah yang membuka jalan kecurangan. Sama ada sedar atau tidak. Trust me. Aku pernah mengalaminya. Hanya kerana Hi, kita boleh rasa tergugat bagi yang masih mengingati zaman muda mudi dulu. 

Perkataan bergurau tiada dalam kamus curang. Bagi mereka bergurau tu sekadar bergurau sampai satu tahap gurauan akan bertukar pada 1 perasaan yang x dapat dikawal. Orang tua-tua ni bukan sedar. Bagi dorang, dorang dah cukup makan garam dengan hidup. Oh silap sama sekali. Kesilapan tidak mengenal siapa tua atau muda. Ia cuma mengenal mereka yang tidak pernah merasai / bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Aku boleh katakan mereka ni tidak bersyukur. Kenapa? Sebab dari ni mereka mula berbohong. Dalam keadaan x sedar sebenarnya. Aku x kata semua yang berhubung semula denga kawan lama akan curang. No. Tapi kebarangkalian tu ada. 

SO, aku buat keputusan yang sangat drastik. Menegur salah seorang yang amat aku sayang. Berharapan apa yang aku sampaikan akan membuatnya membuka mata & sedar apa yang dia lakukan adalah tidak betul & harus dihentikan. Kesannya? Seperti yang kamu fikirkan. Tindakan aku hanya mendatangkan kemarahan & rajuk di hatinya. Dengan beranggapan aku cuma berlebihan dalam berkata-kata. 

If aku x sayang, aku x kisah rasanya I don't give a shit pun apa dia mau buat. But sebab aku sayang. Aku xmo dia buat kesilapan yang bakal dia sesali kemudian. Ok, maybe aku over-react. Tapi respon aku berasas. Aku cuma buat apa yang patut seorang **** patut buat. Aku xkan biarkan. Ni melibatkan aku keseluruhan.. 

Cuma aku sedih bila teguran tu x diterima seperti yang sepatutnya. Dia cuma beranggapan au terlampau dalam berbicara. Aku berniat cuma untuk membetulkan niatnya sendiri. Aku x bodoh utk beranggapan gurauan sebegitu cuma sekadar gurauan. 

Bukti depan mata. SO, sekarang aku cuma mampu berdiam. Tunggu keadaan reda. Hey, aku pun ada ego. Cuma ingat, kalo aku x peduli pasal life dia aku xkan campur tangan. Aku sayang dia. Aku xmo dia buat silap yang pernah aku buat dulu. Walaupun berlainan tapi x jauh beza. Bezanya aku yang jahat.....

-IloveYou-


Monday, December 19, 2016

Moonlight

Assalammualaikum....

Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pasal sorang laki yang aku suka yang sudah pun sah menjadi hak orang. Betul??. And aku bersyukur dengan tindakan aku. Aku tidak pernah menyesal kenal & berkawan dengan dia. Dia pun banyak ajar aku banyak benda. So, I won't regret :). Thank You, Sahabat.

Habis kisah dia.

Sejujurnya, aku tidak kenal diri aku sendiri. Apa yang aku mahu. Siapa yang aku suka / cinta. Sampai sekarang aku keep reject sesiapa yang datang walaupun dalam hati kata 'Why not try'. Bila datang saja rasa mau try, terus stop. Berenti.! Korang tau x perasaan insecure dengan diri sendiri.? Letih dow..! Something wrong erk dengan aku??. Ehhh Nora. Ko jangan..! Hahah.

And semalam, kawan lama aku contact aku. Kawan yang buat hati aku berdegup yet selesa. Aku boleh katakan dia kawan yang agak special walaupun aku dah banyak kali lukakan hatinya. Sebelum ni pun kami pernah in relationship. Cuma aku putuskan bila aku dah terlampau kecewa. Bukan silap dia. Salah aku sendiri. Aku x pernah jujur. And aku fikir banyak kali kenapa aku bodoh sangat kecewakan dia. Lukakan dia dalam x sedar. Kebelakangan ni aku banyak fikir pasal dia. So, bila dia call aku semalam, aku happy sgt. Coz, bila aku tanya adik ada ke x dorang 2 contact, jawapan yang aku dapat agak mengecewakan.

Sebab aku tau dorang dua memang rapat. Then, he told me dia tenangkan hati dan diri dia. Ahhh, kenapa laaa aku lukakan hatinya lagi. Kejam sungguh ko Nora....  AKu bersyukur dia x pernah lupakan aku. Aku akan cuba tapi.......

Aku takut. Takut dengan komitmen. Takut dengan relationship yang mungkin tidak menjadi seperti yang aku harapkan. Banyak benda yang aku fikirkan. Dengan kekurangan yang aku ada, buat aku lagi rasa rendah diri. Yup.! Level keyakinan aku drop 100% dalam x sedar. Aku malu mengaku dulu. And aku mengaku sekarang. That's why dengan meluahkan semua benda yang berbuku di dalam hati dalam blog diharap dapat membantu aku sedikit.  X berharap banyak tapi at least I try.

-Trust me, Nora. Tiada Istilah 'Selama-lamanya'. U'll be fine-