Wednesday, December 28, 2016

Sweet Fight

Assalammualaikum....

Rasanya dah lebih seminggu aku x contact dengan Queen. Since aku tegur dia pasal WhatsApp. And tadi buat ayat x matang dalam group. Huhhhh..!!! Bila aku tegur sentap. Bila diam kang lebih-lebih. Huh!. Apalah salahnya bertindak sewajar dengan umur. X boleh or rasa tercabar sebab orang yang lebih muda menegur?. Sangat tidak matang.

Kira baguslah aku tegur thru WhatsApp saja. Kalo depan-depan? X meninggi suara?. Sepatutnya aku mengalah tapi bila memikirkan ketidakmatangan semakin berleluasa aku jadi makin sakit hati. Ntah setan jenis apa yang merasuk diri ini. So, in the end aku just balas apa yang aku rasa berhemah. 

Apapun, azam 2017 ni aku belum fikir lagi tapi rasanya tetap azam yang sama.. Pertambahan 1-2 azam baru which is aku belum dapat kongsi lagi. Apa yang aku perlukan sekarang adalah???? Short vacation. Sweet escape maybe? We'll see. 

Perlukan teman?? Mungkin tidak. Single nampak menyedihkan tapi aku harungi jua.. Yezaaa..!!!

Tuesday, December 27, 2016

Mimpi Yang Sempurna

Assalammualaikum...

Sepanjang tahun 2016, mimpi pagi tadi aku rasa yang mampu buat aku x berenti berfikir sampai sekarang. Dup dap dup dap dari siang tadi. Gosh, aku x boleh berenti berfikir. Haha. And oleh sebab itu aku mesti luahkan. Simpan lama-lama mau meletup otak aku fikir.

Aku masih ingat. Aku pernah mimpi situasi ni. Bezanya mimpi yang sekarang ni aku dijodohkan dengan orang yang aku x kenal. Aku terima pinangan tu tapi aku langsung xmo tahu siapa. Bagi aku masa tu aku malas mau fikir banyak. So, sepanjang masa tu (kalau x silap scene masa dalam sekolah), aku cuma mau belajar kononya. Ibarat budak baru masuk sekolah (padahal umo dah boleh jadi mama budak).. 

Then suddenly, ada orang bagi aku tengok gambar si tunang. Aku pun macam 'OHMYGODDDDD'...
Lelaki yang popular di sekolah. Ohmygoshhhhhhhh!!. Punya aku terkejut. Lelaki tu tahu tapi pura-pura xtau. So, no wonder dia jaga aku baik punya. Ibarat senior. Huhhh!. Mimpi mengarut apakah ini? Movie mana yang aku bayangkan before tdo?.. Tiada.

Apapun maksudnya,bagi aku tu cuma mainan tdo. Aishhhhh!!! Tapi still buat hati ini berdegup kencang-kencang. Hahahha. OK. Done.! Bye...!!!!! :P

Wednesday, December 21, 2016

Nora Tut Tut...

Assalammualaikum.....

Ok, malam ni kita nak kongsi apa? Isu semalam agak panas jugak laaa. Walaupun merapu sedikit. Ahh peduli.! Lupakan yang semalam. Kita focus here and now. Rogers punya pendekatan. Haha..

Tiap malam aku dok fikir 'apa aku nak buat malam ni.?' 'Keluar.?' 'With who.?' Then aku fikir balik. 'Bukan selama ni ko memang sendiri, so why bother now.?'.. So akhirnya kriik kriik kriik pun berlaku tanpa sedar. Sedar je aku dah sibuk menaip depan lappy ni hah. Haha. Korang  boleh la bayangkan if punya perasaan yang sama.

Aku suka mengadu dengan 'Sisterhood group' & dengan adik aku. Kenapa la kunun? Jawapanya aku memang sudah agak. Bukan tiada orang ajak keluar. Ada. Cuma aku menolak untuk x ke mana-mana. And sekarang mengadu. Bila orang ajak aku fikir 'ahhhh, di rumah lagi best. kalo mau keluar kena fikir baju, poket money, then tudung apa mau pakai.'

Teetttttt. :P

Tuesday, December 20, 2016

Vibe

Assalammualaikum.....


Curang.? Skandal.? 

Mungkin pendapat aku x sama dengan orang lain. Cuma aku luahkan apa yang aku rasakan. Sama ada betul or tidak terpulang pada pemikiran masing-masing. 

Apa pendapat korang tentang 'Group WhatsApp Sekolah Lama?'.. Bagi aku grup macam ni bullshit..! Sebab apa? OK. 1st aku xmo sentuh pasal grup lain walaupun tajuk grup x sama tapi apa yang jadi kesannya sama saja. 

Yes, sejujurnya if kita jumpa kawan dah laaaaammmmaaa x jumpa kita rasa sangat gembira. Kadang-kadang boleh teringat balik kenangan masa belajar dulu-dulu. Mengenang x kisah. Yang buat aku kisah bila dorang tidak hormat dengan masa sekarang. Keadaan sekarang. Married life. Zaman sekarang, dari yang aku perhatikan kisah suami or isteri curang bermula dari grup WhatsApp sekolah. Yang lost contact 20 tahun lepas (sebagai contoh). Jadi memang berhubung semula sangat best. Bagi yang tahu membataskan diri, tu xda masalah. Macam mana pula dengan mereka yang tidak tahu membezakan realiti & maya?

Peluang macam ni memang x akan dilepaskan. Betul? Terutama bagi yang mempunyai kisah 'cintan cintun' dulu-dulu. Mula la buat throwback. Bergurau senda. Sampai membawa ke PM..

Ok, sini aku bagitau bermula dengan Salam or Hi inilah yang membuka jalan kecurangan. Sama ada sedar atau tidak. Trust me. Aku pernah mengalaminya. Hanya kerana Hi, kita boleh rasa tergugat bagi yang masih mengingati zaman muda mudi dulu. 

Perkataan bergurau tiada dalam kamus curang. Bagi mereka bergurau tu sekadar bergurau sampai satu tahap gurauan akan bertukar pada 1 perasaan yang x dapat dikawal. Orang tua-tua ni bukan sedar. Bagi dorang, dorang dah cukup makan garam dengan hidup. Oh silap sama sekali. Kesilapan tidak mengenal siapa tua atau muda. Ia cuma mengenal mereka yang tidak pernah merasai / bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Aku boleh katakan mereka ni tidak bersyukur. Kenapa? Sebab dari ni mereka mula berbohong. Dalam keadaan x sedar sebenarnya. Aku x kata semua yang berhubung semula denga kawan lama akan curang. No. Tapi kebarangkalian tu ada. 

SO, aku buat keputusan yang sangat drastik. Menegur salah seorang yang amat aku sayang. Berharapan apa yang aku sampaikan akan membuatnya membuka mata & sedar apa yang dia lakukan adalah tidak betul & harus dihentikan. Kesannya? Seperti yang kamu fikirkan. Tindakan aku hanya mendatangkan kemarahan & rajuk di hatinya. Dengan beranggapan aku cuma berlebihan dalam berkata-kata. 

If aku x sayang, aku x kisah rasanya I don't give a shit pun apa dia mau buat. But sebab aku sayang. Aku xmo dia buat kesilapan yang bakal dia sesali kemudian. Ok, maybe aku over-react. Tapi respon aku berasas. Aku cuma buat apa yang patut seorang **** patut buat. Aku xkan biarkan. Ni melibatkan aku keseluruhan.. 

Cuma aku sedih bila teguran tu x diterima seperti yang sepatutnya. Dia cuma beranggapan au terlampau dalam berbicara. Aku berniat cuma untuk membetulkan niatnya sendiri. Aku x bodoh utk beranggapan gurauan sebegitu cuma sekadar gurauan. 

Bukti depan mata. SO, sekarang aku cuma mampu berdiam. Tunggu keadaan reda. Hey, aku pun ada ego. Cuma ingat, kalo aku x peduli pasal life dia aku xkan campur tangan. Aku sayang dia. Aku xmo dia buat silap yang pernah aku buat dulu. Walaupun berlainan tapi x jauh beza. Bezanya aku yang jahat.....

-IloveYou-


Monday, December 19, 2016

Moonlight

Assalammualaikum....

Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pasal sorang laki yang aku suka yang sudah pun sah menjadi hak orang. Betul??. And aku bersyukur dengan tindakan aku. Aku tidak pernah menyesal kenal & berkawan dengan dia. Dia pun banyak ajar aku banyak benda. So, I won't regret :). Thank You, Sahabat.

Habis kisah dia.

Sejujurnya, aku tidak kenal diri aku sendiri. Apa yang aku mahu. Siapa yang aku suka / cinta. Sampai sekarang aku keep reject sesiapa yang datang walaupun dalam hati kata 'Why not try'. Bila datang saja rasa mau try, terus stop. Berenti.! Korang tau x perasaan insecure dengan diri sendiri.? Letih dow..! Something wrong erk dengan aku??. Ehhh Nora. Ko jangan..! Hahah.

And semalam, kawan lama aku contact aku. Kawan yang buat hati aku berdegup yet selesa. Aku boleh katakan dia kawan yang agak special walaupun aku dah banyak kali lukakan hatinya. Sebelum ni pun kami pernah in relationship. Cuma aku putuskan bila aku dah terlampau kecewa. Bukan silap dia. Salah aku sendiri. Aku x pernah jujur. And aku fikir banyak kali kenapa aku bodoh sangat kecewakan dia. Lukakan dia dalam x sedar. Kebelakangan ni aku banyak fikir pasal dia. So, bila dia call aku semalam, aku happy sgt. Coz, bila aku tanya adik ada ke x dorang 2 contact, jawapan yang aku dapat agak mengecewakan.

Sebab aku tau dorang dua memang rapat. Then, he told me dia tenangkan hati dan diri dia. Ahhh, kenapa laaa aku lukakan hatinya lagi. Kejam sungguh ko Nora....  AKu bersyukur dia x pernah lupakan aku. Aku akan cuba tapi.......

Aku takut. Takut dengan komitmen. Takut dengan relationship yang mungkin tidak menjadi seperti yang aku harapkan. Banyak benda yang aku fikirkan. Dengan kekurangan yang aku ada, buat aku lagi rasa rendah diri. Yup.! Level keyakinan aku drop 100% dalam x sedar. Aku malu mengaku dulu. And aku mengaku sekarang. That's why dengan meluahkan semua benda yang berbuku di dalam hati dalam blog diharap dapat membantu aku sedikit.  X berharap banyak tapi at least I try.

-Trust me, Nora. Tiada Istilah 'Selama-lamanya'. U'll be fine-

Saturday, December 17, 2016

F.B

Assalammualaikum....

Dua hari lepas punya cerita. Malam tu jantung aku agak berdebar tanpa diketahui sebab musababnya. Tapi aku cuma abaikan. Malas fikir banyak. Sejujurnya risau bah tu. Takut ada benda x elok happen. Alhamdulillah tiada. And the next morning, aku terima message di FB. Someone yang aku cukup kenal tiba-tiba tegur. Terkejut? A bit.

So, kami sambung di WhatsApp. Mungkin dia sedar aku layan dia agak berlainan dari biasanya. So no wonder dia anggap aku sombong. Kalaulah dia tau apa yang aku rasakan masa tu, dia memang takkan message aku langsung. Sedangkan aku berusaha untuk melupakan sekerasnya.

Yes, Status dia berubah hari yang sama adik aku tunang. Sahabat aku tu dah jadi SUAMI orang. Orang yang aku suka & sayang tanpa sedar. Yup.! He's the One. Funny hah???. Tidak lahh. Aku bersyukur sebenarnya. Aku x takut untuk mengakui walaupun aku tau in the end aku x dapat apa-apa. Sejujurnya seumur hidup aku, aku x pernah seberani ini (meluahkan perasaan).

Aku sayang dia & sebab tu aku buat keputusan untuk tidak meneruskan. Aku bertekad untuk tidak melukakan diri sendiri lagi. Cukup. Aku menghormati Statusnya. Dengan berat hati, aku minta dia berenti berhubung. Bukan aku buang sahabat aku tapi aku tau aku sendiri yang akan sakit dan bukannya dia. Aku memikirkan ada hati lain untuk dijaga dan dihormati. Aku yang pernah merasai bagaimana sakitnya dikhianati x mahu benda yang sama berulang.

Sahabat, aku harap ko mengerti walaupun aku tahu ko sendiri tidak ambik pusing pun. You don't even care. Apapun, aku sayangkan ko. Cukup ko tahu. Aku akan mendoakan kebahagian ko dari jauh.

Encik Sado Aka King Of Teluq ")

Monday, December 12, 2016

Kawan

Assalammualaikum....

Jari aku mula 'menari' bila Mr Brain berusaha untuk mengelurkan idea dalam penulisan dengan suasana malam yang sejuk & x berapa nak terang ni. Aku sengaja tutup lampu, guna earphone dengan harapan aku mampu menenangkan diri lagi. Pilihan lagu jugak agak terhad untuk disesuaikan dengan halwa telinga yang agak 'cerewet'.. 

KAWAN.? Aku ada ramai kawan. Kawan media sosial. Beratus dow. Tiap kali update status / gambar opkos dorang akan Like. Kawan kan. Kawan mmg akan Like. X kawan xda dalam list friend. Tapi ni ke jenis kawan yang akan tolong kita masa susah?. Ker just akan Like / Komen ??... 

-Justmyown-

Sunday, December 11, 2016

Aib...

Assalammualaikum.....

Dah berapa bulan??.. Lama jugak aku menyepi dari 'bermadah helah'. Honestly aku langsung tiada rasa untuk menulis sepanjang tempoh masa tu. Sibuk? Ya..! That time aku terlampau sibuk dengan kerja, kerja and kerja. Tumpuan aku cuma kerja. Few months kerja Alhamdulillah aku dapat mengalihkan pandangan dan fikiran aku daripada terus memikirkan perkara yang tidak sepatutnya. And sekarang, The Old Nora kembali 'menyerang'. Why? Menjadi seorang pemikir tegar. Just think No Action. 

Apa yang menyebabkan aku tergerak menulis ni bila ada seorang wanita memuatnaik status yang pada pandangan saya agak sensitif dan secara tidak langsung telah membuka aib dirinya dan juga keluarga. Sejujurnya bila aku perhatikan, aku kesian melihat dia 'meyalak' serupa wanita yang tiada maruah. Let's see. Dia menunjukkan dia sebagai perempuan yang telah bercerai yang nampak tidak berpuas hati. Ok. I won't judge. Aku cuma membaca dan tidak sama sekali tahu hujung pangkal cerita. Tapi, kejadian sebegini membuatkan aku berfikir panjang. 

Kenapa teruskan perkahwinan yang dibina jika tiada lagi persefahaman dan akhirnya akan melukakan pihak lain terutama anak-anak dan ibu bapa. Pernah terfikir? Ya betul bercerai berai bukan satu perkara yang disukai Nabi kita. Namun, jika akhirnya terjadi seperti pasangan tersebut di mana masing-masing membuka aib yang tidak sepatutnya diketahui umum hanya kerana ingin memuaskan hati dan amarah?.. Tidakkah tindakan itu menampakkan 'belang' kita sendiri?

Mungkin apa yang aku katakan di sini dianggap bertentangan, namun aku sama sekali tiada niat untuk menolak & argue. Cuma pandangan aku sebagai seorang pemerhati. Aku baca 1 per 1 komen & maklumbalas wanita tersebut. Jika aku berada di tempatnya, aku sendiri berasa malu. Orang luar tidak sepatutnya tahu mengenai apa yang berlaku. Sedar atau tidak, orang luar cuma menjadi racun dan bukannya penyembuh.

And disebabkan hal-hal macam ni buat aku malas memikirkan bab kahwin. Zaman sekarang macam-macam benda / perkara yang jadi. Apapun, aku doakan kebahagian dan kerharmonian rumahtangga yang berpanjangan to my handsome cousin & his wife. X lupa juga pada semua pasangan yang telah dan bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada bulan ini. Aku tidak menolak perkahwinan tapi sekarang aku tidak terfikir untuk mendirikan rumahtangga dalam masa yang terdekat. Sedangkan kehidupan aku sekarang masih terumbang-ambing inikan pula membina komitmen yang belum tentu aku mampu hadapi. Well, aku tunggu adik aku selamat. Then baru turn aku. Hahaha.... Akhirnya dia dah jumpa yang dicari. Di depan mata tapi tidak terlambat untuk bermula semula.

Mudahan aku bertemu semula 'kekuatan' & 'keberanian' yang aku pernah ada dulu. Guys,, you know where to find me. I'll just be there. Tolong bantu aku untuk mencintai & mempercayai semula. Thanks. Wassalam...


-Imissyouwhoeveryouare-

Thursday, June 23, 2016

Prinsip...

Assalammualaikum.....

Cik Iron,agak lama ko x menampak di blog ni kan..?? What happen?
Just sibuuk dengan kerja. Banyak masa menghabiskan tugasan yang bos bagi. Kiri kanan depan belakang orang bagi kerja. Well, aku just terima seadanya. Pengalaman kerja seperti yang aku harapakan cuma x sangka tenaga dikerah sehingga titisan terakhir. Why aku kata terakhir? Akhirnya aku tersungkur. Demam + Semput + Batuk + Selsema. And dalam bulan ni saja 2x aku kena. Sakit jugak ar tapi bak kata orang, sakit ni penghapus dosa. Alhamdulillah.... Bersyukur saja. 

Yang degilnya, aku bukan jenis orang yang nak makan ubat. Yes.! Medicine is my biggest enemy or shud i said 'Fear'.. Aku x suka ubat. Aku takut nak makan ubat. Bukan takut kenapa tapi bila pengalaman masa budak-budak tu buat aku membenci ubat. 

Mungkin buat masa ni aku patut rendahkan ego. And pergi ke clinic. Nak kena cek paru-paru sekali ni. Takut semput tu teruk. Risau lagi mama kang. Tapi half my heart said still xmo ke clinic. SO D.E.G.I.L. 

Bear with it. Memang tu la insan yang bernama Nora. Berusaha mengelakkan makan ubat. (Weeiiii..!!! Cuma ubat kot apa la ko takut sangat..) Terlalu berpegang pada prinsip 'Tanpa ubat pun aku mampu sembuh'.... But kadang-kadang prinsip ni x boleh layan sangat. Tengok sekarang. Orang suruh mc bukan nak. Apa lagi makan ubat. 

BUKAN MENOLAK PERASAAN TAPI UNTUK BERMULA SEMULA. MEMPERJUDIKAN PERASAAN LAGI BUKAN MASA YANG SESUAI. HATI X KUAT... BELUM SEMBUH SEPENUHNYA.

Thursday, May 5, 2016

N.Z.J.R.E.D

Assalammualaikum..

It's been a while kan?.. Agak lama aku x update blog like forever. Agak berhabuk then lepas kemas-kemas, baru ada idea. Yup. ! Idea..! 
Ok, apa yang kita ada?..

Sejak dua menjak ni, aku macam menggunakan otak dalam kadar lebih daripada biasa. Selera makan pun agak luar biasa jugak. Terasa macam badan semakin kembang seh. Risau opkos risau. Tapi makanan semua mengoda. Sampai aku dah addicted dengan 1 makanan ni. Ayam Goreng Uncle Bob. Aku xtau apa la benda yang Pak Bob simpan dalam resepi dia tapi memang memikat hatiku yang sunyi n sepi tanpa penghuni. Aishhhhhh!! Ayat tuuuu. (Mau nge-show belum ada bf la kali tu kannn)

Ok, berbalik kepada penggunaan otak aku rasa aku sekarang mudah pening aka pedis kepala. Mengapakah??. Aku tau!. Makan x ikut masa. Eyyy macam boring cakap pasal otak. Sebenarnya aku xda benda mau di kongsi. Tapi memandangkan sahabat baik bertanya mengenai blog yang sudah lama terpinggir ini so aku berusaha untuk update.

Esok sabtu then lusa ahad. Aku plan mau mengukur jalan di KL. Tapi niat utama mo menonton. ADA APA DENGAN CINTA 2.. Ehhhh opkos aku patut tingukk..! Xmo ketinggalan. Biar lambat asal jangan x tengok langsung. Biar alone, asal kita x kacau org. Betul x ??? Sapa setuju sila komen. Hahahah....

RED.NZJ

Tuesday, April 5, 2016

Terima Ku Seadanya....

Assalammualaikum....


Aku xda benda mau di share. Cuma lagu yang kerap kali aku dengar sejak akhir-akhir ni.. Tajuk entry sama dengan tajuk lagu. 

-Hafiz Suip ft Misha Omar-...




This lyrics remain me to someone.

Berlarutan rindu ini membunuhku
Hingga aku jadi tak daya begini
Mekar lagi bunga yang engkau berikan
Apakah masih ada jawapannya
Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Segalanya kembali segar semula
Hingga aku sukar melupakan semua
Berlarutan wajahmu sering di mata
Apakah kau masih seperti dulu
Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Ku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar Tuhan bukakan semula
Hati ini
Hati ini
Moga kita berdua kan mengerti
Segala yang telah terjadi
Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Aku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar Tuhan bukakan semula
Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Hati ini
Hati ini

Saturday, April 2, 2016

Hati yang Terusik

Hati, 
Untuk kembali kepada dulu bukan semudah yang aku sangkakan
Terlalu payah untukku melupakan apa yang telah berlaku dalam ruang lingkup hidupku.
Tidak pernah sekali aku merasakan aku kuat melainkan lemah selemahnya.
Namun tidak juga aku pernah mengalah dan tunduk dengan apa yang berlaku.
Mungkin bagi mereka aku kelihatan seperti aku yang dulu.
Mungkin juga mereka merasakan aku tidak pernah berubah.
Atau mungkin mereka nampak perubahan besar yang berlaku dalam diriku?

Jiwa,
Waktu begini diusik kenangan silam yang bertandang.
Aku biarkan demi kebaikan aku sendiri. 
Jangan seksa diri lagi.
Jangan luka hati lagi.
U'll be fine, Jiwa.
It's the matter of time.
U'll fine. I have faith on u....


Del Ins

Assalammualaikum...

"Hidup ini hanya kepingan yang terasing di lautan"...
Ok, ada sesiapa ingat x lirik lagu ni? Aku x ingat tajuk lagu tapi aku tau dari mana aku dengar. -Ada Apa Dengan Cinta-. Rangga & Cinta. Kisah cinta yang aku berangan aku yang alaminya. Hahah. Well, kata kawan aku kita bermula dari berangan. So, make it happen. 

Sebelum jadikan kenyataan,banyak jalan banyak halangan yang aku kena tempuhi termasuklah kehilangan keyakinan diri. Keyakinan diri?? I lost it a bit tapi x bermakna aku x boleh build semula. It takes time la u. Don't ever give up. Ehhh Choopp!. Kita bukan nak ceta pasal kisah jiwang ni. Euwwwwww~~~. Meremang sehhh. Haha..

Oh ya, aku cuma rasa nak menaip. Jari-jari menari di atas keyboard ni sambil dengan Siti Nordiana nyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran. And again.! Jiwang..! Hahaha. What's wrong with u Nora??. X boleh tahan hati ker??.. 

Sejujurnya, aku cemburu, aku sakit hati dengan keadaan. Aku jatuh hati dengan orang yang salah. Yang sebetulnya aku x mampu untuk miliki. And he's not mine in the 1st place... Aku x salahkan sapa-sapa. Aku cuma salahkan hati aku sendiri. Tersuka tanpa Sedar. Ya. Sedar x sedar aku suka. Sepatutnya just a friend. Wrong time. Wrong Place. Wrong person. Menyesal? Tidak. Cuma terkilan. Kalau la dia berterus terang awal lagi, rasanya aku kawal. Kawal untuk tidak jatuh cinta. 

Nak gelak boleh??? Hahahhahahahahhahahahhahahhahahahhahahahhaha.. Padan muka aku. Tapi orang cakap cinta x semestinya memiliki. Haaa, betul la tuuuuu.. Lagipun, ko belum sembuh lagi la Nora. Jangan pura-pura gembira boleh??. Ok stop. Nanti aku cari senyuman & kegembiraan aku. Cukup-cukup..

Friday, April 1, 2016

Sudah Ku Tahu

Assalammualaikum.....

Phweeeee~~~ agak berhabuk blog aku ni haaa. Last aku update awal bulan lepas. Sebab feel tu agak hilang. Semacam something missing tapi banyak benda jadi sepanjang masa ni. Cerita 1 by 1 memang panjang so aku just pick the nice one.

So,aku jatuh cinta dengan satu lagu ni. Dengar member aku sorang ni nyanyi buat aku tercari-cari lagu full.. And finally..~~~~..
Aku dapat and aku dengar repeat. Over and over again. Deep maksud lagu ni. So,no wonder si pemilik suara sumbang tu menyumbangkan lagu ni.. Aku just mo share lagu yang termasuk dalam list faveret terkini lagu aku selepas Janam Janam. Ehhhh!! Opssss, over suda......

Banyak aku nak share sebenarnya tapi agak rasa belum masanya aku nak menaip sepanjang tu harini. Ni pun dah jam berapa. Bunyi menaip ni pun terpaksa slow sbb baby Ayesha tdo dah. Bahaya kalo bunyi kuat sgt. Mudah terbangun and terbuka mata..

Korang layan lagu tu k. Khas untuk sesiapa yang sudi membaca.. :)

Monday, March 14, 2016

Let it Go.!

Assalammualaikum...

Entah kenapa 2 3 hari ni terlampau banyak kejutan yang aku dapat. Jumaat dengan soalan yang ditanya yang buat aku berpeluh berfikir apa mau di jawab. Even aku duduk dalam bilik ber-Airkon, still aku rasa panas on that day. Susah hati sampai terfikir mau membawa diri berjumpa dengan Bff ku - Cik Didie. And I did..! Sabtu lepas aku keluar dengan mama n gym, aku kuatkan diri untuk bertemu dengan penenang jiwaku di Cheras. Aku dah x mampu percayakan orang lain lagi. Lepas apa yang jadi. Even dengan mama aku kurang meluahkan perasaan aku lagi. Lebih kepada mengelak diri untuk berbincang. Serius aku x selesa lagi. Syukur alhamdulillah aku ada kawan seperti Cik Didie. Kata-katanya walaupun betul mengena di hati but aku lebih suka begitu. Benci aku mo dengar ayat clise yang buat aku sedap hati tapi sekejap saja.

And today aku merasakan aku sudah melukakan hati orang. Hati orang sekeliling. Guys, aku cuma mau memikirkan masa depanku. Cuma tu yang aku fokuskan buat masa ni. Tiada yang lebih penting dari itu. Kerja ni? Aku akan lakukan sebaik yang mungkin sebaik yang aku mampu. I need this job. For me and for my mom/dad.. 

So, am sorry. Wassalamm...

Sunday, March 13, 2016

Halwa Telinga

..........................................



Tab Tab Tab

Assalammualaikum...

Actually aku langsung xtau apa sebenarnya aku nak kongsikan. Fikiran aku serabut.. Aku bawa diri ke tempat bff aku pun bersebab. Sebab tiba-tiba aku ditanya soalan yang aku buat aku rasa takut.. Soalan yang selama ni aku mengelak untuk ditanya. Sejujurnya, aku masih x boleh lupa dengan apa yang jadi walaupun aku kata aku dah ok. But I'm not ok. Serius. Mo tipu orang lain mungkin mudah but diri sendiri mau ditipu?? Sendiri saja ko sakit beb. Makin ko kata ko ok, makin terluka ko rasa. Aku masih belum mampu terima apa yang orang buat dengan aku sebenarnya. How to express??.. Clueless..

Bila bff aku cerita kisah semalam benda yang berulang dan ada penambahan, aku jadi lagi terluka. Teruk sangat ke peranan aku sebagai Kakak sampai aku dikhianati sebegitu teruk sekali?. Bukan aku x terima apa yang sudah tertulis untuk aku, cuma aku rasa teruk. Aku x boleh terima pengkhianatan tu. She's my Sister.! My twin..! Aku sayang dia. Aku percaya dia. Sampai hati dia buat aku sebegini teruk?. Aku nak salahkan lelaki? No.. That man oledy blame me. Aku yang silap di matanya. Why? Why me?. Kenapa berturut-turut?. Apa silap aku?.....

Semakin aku fikir semakin aku rasa down. Bila kawan aku tanya soalan 'Ko mau teruskan sebagai kawan atau hubungan yang lebih jauh', jawapan aku simple je. Aku kata aku x sedia lagi. Seriously aku x pernah terfikir untuk memulakan relationship. Komitmen lagi. Aku jadi takut wei. Takut dengan apa yang bakal berlaku lagi. Aku dah x sanggup ambil risiko. Risiko tu terlalu berat untuk aku tanggung. 

Aku nak hidup gembira beb. Aku rindukan diri aku yang dulu. Serius aku rindu aku yang dulu. Memang x berbaloi selama ni aku tunggu dia. Tunggu walaupun aku sendiri yang sakit. Akhirnya ni yang aku dapat. KECEWA..!

Thursday, March 10, 2016

Lovely Friday

Assalammualaikum....

Yeahhh..! Akhirnya~~~. Eh apakah maksud anda akhirnya????. Heheh, baru dua hari keja dah rindu mau cuti. Bengong nyerrr otak. Masa jadi penggangur dulu terfikir nak menyibukan diri dengan kerja. Lepas tu kadang-kadang kebosanan yang amat sangat. Sekarang ni?? Rindu nak bangun lambat la. Apa laaa. Itu laaa. Ini laaa.. Tapi ko patut bersyukur. At least ko dah keja. Xyah fikir banyak. Just fokus dengan kerja jak. 2nd day kerja agak mencabar jugak. Aku belajar banyak benda baru. If sebelum ni aku lebih kepada menyuruh or meminta bantuan dengan kerani sekarang aku sebagai kerani sendiri kena buat apa yang aku suruh orang buat dulu. Ahahah. Ahhhhh, perasaan anda??. Happy and challenging. Buat masa ni aku sorang je gegirl. Dengan aku kerja ni pun kebetulan kawan aku. So, banyak belajar dengan dia la. Arigato chinggu (haha bercampur-campur bahasa nyerrr)

Oh ya, aku nak ceta pasal kisah semalam.. Semalam kan aku melepak Mcd all by myself (haha konon nyeeee).. Kebetulan plak kawan aku tu x semena-mena muncul tanpa persetujuan or penjanjian melepak bersama. Tiba-tiba jer dah muncul depan mata. Lawak sehhh. Apapun, kami borak punya borak sampai aku nak meng-Update blog pun terbantut dengan jayanya. Hahaha..

We share a lot. Kami open. Tapi aku yang pendiam jadi orang yang banyak cakap. Serius seh aku pun xtau kenapa aku plak banyak membebel dari sebelumnya. Well, i know why. Coz aku dah agak selesa la dengan 'laki' kawan aku ni. Nama sama. Sebab tu la kot. Sesuai bersama jugak kali ahhhh. Ok! Itu just gurauan. Hahaha. No hurt feeling or sentap menyentap.

Kisah semalam tu agak sukar untuk dibicara tapi memandangkan orang tanya so I'm willing to answer. Supaya terluah jugak la apa yang dipendam selama ni. Almost 3 weeks la kali kan suda. Huhu. Nora, u r strong. So jangan melatah banyak (walaupun ko kategori orang yang pandai melatah.. ehh, ko mo bocor rahsia kenapa??? Ishhhh)... Dugaan hidup ni kadang-kadang x seperti yang kita harapkan or seperti yang kita tengok dalam TV. Happy ending pun macam sengsara jua. So, just live ur life just like that. Susah puaskan hati orang but who cares??. Kita hidup bukan untuk memuaskan hati orang. We live for ourself. Not other..! Mengpai ma??.

So, that's it. Cukup dulu. Sejuk dow dalam ofis ni. Tunggu staff baru sorang lagi baru aku pindah ke tempat ku. Hehe.. Wassalam... :)

Home End

Assalammualaikum...

Waaaaaaa.......~~~~!!!!. Feelin' menjerit plak ni. Terasa baru terjumpa PC + Wifi. Hahah. (padahal malam-malam melepak di Mcd). Ok. Semalam aku xda lepak Mcd pun. Sehari yang lepas pun teda. Ehh, ke ada.? Aku pun da lupa bila banyak benda yang aku dok fikir semenjak 2 3 menjak ni.. 

Oh ya, semalam aku dapat Whatsapp. Diterima kerja katanya. Wahh, aku pun over la eksited. Sepatutnya mula isnin tapi ntah kenapa tiba-tiba tak semena-mena dia suruh mula arini plak (Khamis bersamaan 10.03.2016 - selepas gerhana matahari berlaku hehe).. So, aku just terima jak la walaupun gaji x seberapa. Tapi aku just terima. Dari langsung aku x buat apa di rumah. At least kena maki la jugak kan. Bergaul dengan orang yang bukan dari 'comfort zone'.. Kepelbagaian bak kata kawan aku tu. 

So, pertama hari kerja?.. Agak membosankan. Coz dari pagi aku keseorangan. Ditemani oleh PC yang dok memandang aku dengan renungan yang sukar untuk dimegerti. Hahah. Tapi nasib baik la ada jugak teman. Sama kawan kerja. Sama-sama belajar fotostat + scan + printer. Walaupun dah tau tapi sebagai insan baru menceburi bidang pengkeranian ini, x salah rasanya aku belajar ilmu itu lagi. Kot-kot boleh menambahkan dan mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada. Once jariku menari di keyboard ni, penuh 1 ofis bunyinya. Tet tet tet tet tet tet tet tet. Tapi ni x mampu mengalahkan Kakak Typewritter di opis lama. Sukar untuk di lawan kepantasannya menaip seperti keretapi yang bergerak tanpa henti. Wait! Apa yang aku dok melalut ni??

Heheh, apapun kembali ke kehidupan dulu. Hidup bekerja. Bersedia untuk dimarah, untuk dimaki, untuk dimalukan dan sedia untuk belajar. Itu yang paling penting. U can do it, Nora.. I believe in U. Chiayooo! Fighting!.. 

Monday, March 7, 2016

Time Will Heal

Assalammualaikum...

Aku xtau kenapa aku buat tajuk entry macam tu. Lebih kepada penyedap rasa sebenarnya. Hahah. Aku ada gud news. Esok aku ada interview keja As Admin. Boleh la kan dari xda langsung. Mencuba saja. Kot-kot nasib menyangkut la kan. Rezeki ni kita xtau. Just berusaha saja la.. Doa yang baik-baik saja..

Oh ya, sebenarnya sebab utama aku update 2 entry malam ni untuk menceritakan segala yang terbuku di hati. Kalo tunggu esok, malam ni mesti ad story baru. Malas mau kumpul lama nanti tertinggal maklumat penting. Hahaha. Amacam? Ada thrill x?? Hahahaha.. Aku ada kenal mamat ni. Dah lama rasanya dia ni ada dalam contact Wechat aku. X pernah nak bertegur sakan la. Setakat like moment macam tu. Mula-mula aku agak annoying la dengan dia ni. Yelah dalam sehari xdapat nak kira berapa kali up moment. Banyak sangat kot. X larat mo like. Yang pasti dia sangat rajin bab up moment. Hobinya kali ya. Hahah (Abis aku ke sembur jap g dgn dia kalo dia ada baca hahah)...

Sampai ada 1 hari tu dia tegur aku di moment. Dia komen moment aku up pasal melepak sorang di Mcd. X lama lepas tu ada muncul private msg dari Mr Tralala.. Aku mula-mula ingat kawan aku tu. Lady Tralala. Mula-mula nama dia Miss Tralala. Mana x aku terkonpius banyak. Akhirnya aku faham. Laki bini rupanya tapi yg sadis x kenal pun. Nasib baik aku ada. Boleh buat jejak kasih. Hahaha. Akhirnya berjumpa di alam maya. Hasil bantuan aku yang comel lagi lotey. Hahahaha... Aku siap ScreenShot sebagai bukti nama sama. Since that day, dia pun merajinkan diri msg aku. 

Apapun, bila ada kawan sekepala gitu aku jadi suka. X serabut. Ayat mengorat dia tu pun aku x terasa ngorat sangat. Lebih kepada gurauan kawan kepada kawan. Sweet tau x?? Aku rasa selesa. Aku ada banyak ayat dia aku nak copy n paste. Tapi aku malas nak scroll balik dari atas msg tu. Penat jari ni haaaah.. Dia boleh jadi kawan yang baik. X mengharapkan apa-apa sebagai balasan... Walaupun ayat agak clise. Hahah. Apapun kawan, aku suka bkawan ko. Walaupun ko agak poyo tapi aku berterus terang orangnya. Keep it up. Macam ko cakap bukan mudah nak kenal orang. Bukan dalam masa yang singkat. It's takes forever nak kenal seseorang. Walaupun kita rasa kita dah kenal, trust me. Ko x kenal langsung. Boleh berubah sekelip mata saja... 

:) .. Wassalam... 

Pause And Break

Assalammualaikum 

Miss me?? Heheh. Sorry lama x update apa2. Ehh macam bertahun plak rasanya.. Yelah agak lama la jugak walapun baru 2 hari. Eh silap 3 hari. Hari-hariku minggu lepas dipenuhi dengan gelak ketawa. Well, bukan apa aku ngedate dengan Bff kesayangan. 

Awal sangat aku buka ceta pasal Bff ni. Hahaha. Sepatutnya ada mukadimah dulu. Aku sebelum aku mula mari aku kenalkan sahabat dunia akhirat aku ni. Nama diberi Bryanna Didee. Umo sama macam aku juga. Comel orangnya. Muka fotogedik sebab bila selfie mesti lawa la kejadian gambarnya. Aku pun join jeles sekali. Hahah. Kami kenal dari Form 1. Mula-mula tu aku x rapat sangat dengan dia ni. Lebih rapat dengan adik kembar tu. Xtau macam mana kami menjadi lebih rapat. Sampai la sekarang. Kadang-kadang boleh gaduh jugak. Sebab minah ni kalo bab tegur menegur memang kaw kaw punya la. Xda tapis. Ko nak terasa ke ko nak sentap ke ko punya hal. Yang penting ayat dia memang pedas tapi menyedarkan. That's why kami bertahan berkawan sampai sekarang. Dia tak pernah nak tipu melainkan ada perkara yang dia patut rahsiakan daripada aku.

Ok aku mulakan kisah kami berdua. Eh silap. Berenam. Campur mama, bapa, Akak n Ayesha. Sabtu lepas kami jumpa. Melepak + Tengok wayang (ceta x best. x berbaloi sungguh). Kononnya mau liat Munafik tapi full house. Ada seat kosong tapi Lady Tralala ni xmo sebab kalo menjerit nak peluk sapa? Xkan orang sebelah yang x kenal. Kena penampar sulung x pasal-pasal kang. Sebab tu la kami terpaksa liat movi yang tidak kurang jugak jeritnya ( Funny is kami dua saja yang mejerit. Orang lain gelak kat kami kot. Nasib duduk belakang. Hahah).. 

Hari tu memang aku xda pantang langsung la mo makan sampai timbul 1 hastage- hari makan apa-apa saja. Hahaha. Sebab aku nak makan je. Xnak fikir pasal diet semua. Well, aku happy kot jumpa orang yang aku sayang. She's always protect me. Selalu bagi nasihat. Dalam masa tu kami share story. Well, kami rupanya sama-sama terasa hati dengan apa yang jadi. Dia gtau dia mimpi aku. Mimpi aku tengah nangis sambil kata sakit D. Hati sakit sangat. Sedar-sedar dia pun mengalirkan air mata jugak. Apapun, kini masa kami bersuka ria. X perlu fikir apa-apa lagi. Fikir diri sendiri and perkara yang mengembirakan kami. Rasa bertuah ada kawan macam ni. Walaupun kadang-kadang dia ni menyakitkan hati. Hahaha... 

Sebab x puas lepak, aku pujuk la dia stay umah. Hehe nasib baik la pujukan tu menjadi kan..?? Heheh. So, dia stay sehari di rumah. Malam tu ajak g Uptown. Tapi kesian la dia. Mengantuk kepenatan. So, balik tu memang sama-sama pengsan laaa. Sebab esok pagi plan nak keluar gak. Keluar lagi utk kali kedua. Kali ni kami main bowling. Hahah. Best dow. Mama, akak and Lady Tralala baru 1st time main. Paling sadis bila bapa baling bola bowling bukan ke depan. Tapi ke belakang. Hahah sakit perut gelak dow. Serius lawak. Lawan punya lawan paling teruk akak la. Asyik ke longkang je. Faveret spot agaknya. Mungkin tu la kot spot bagi orang yang 1st time main.

Aku nak update gambar tapi aku rasa biar aku rahsiakan identiti la kan. Lebih baik macam tu. Lebih kepada penceritaan dan bukan gambaran. Actually aku ada benda nak share. Banyak benda jadi dalam 2 hari ni. Tapi macam x best kalo aku campur kan dalam entry ni. Xpa. Esok aku update pasal hamba Allah tu. Ni pun dia dok tanya dia da ke x dalam cerita malam ni. Maafkan saya. Tiada. Hahah sebab entry ni cukup-cukup untuk ceta pasal jalan-jalan. Esok ye turn awak.. Phuuiiii.. Cakap formal plakkkk... Hahah.

Ok,see u again tomorrow iron lady. Be happy be cool be urself. I love u, Nora. Don't forget that. :) Wassalam....

Thursday, March 3, 2016

BackSpace CapLock

Assalammualaikum.....

Once again. I lepak kat Mcd coz semalam I x pegi pun.. Penat? X la just rasa malas. Lepas kejadian aku ... eh aku plak. Bukan I ke? Ahh, lantak. Lepas kejadian di mana aku keluar subuh driving semata-mata mahu melepak, esok harinya aku malas. Sebab my mom n dad ada di sini. So agak susah berhuha-huha. Hahah. Tapi aku masih boleh melepak di Mcd terchenta ini. Update blog yang x la seberapa aktifnya. 

Oh ya, actually aku ada benda mo share. Semalam bila aku Wechat dengan member yang aku panggil Encik Janggut tu, ada betul apa yang ia cakapkan. Bila kita dapat meluah perasaan yang terbuku di hati dengan orang yang kita selesa automatik hati jadi ringan. Betul kot. Coz lepas aku melepak dengan dia, aku agak rasa ringan ckit hati ni. Dia pun  ada tanya soalan dengan aku semalam. And aku kata aku akan luahkan di blog. Tapi bila dok fikir balik aku lupa apa soalan tu. Bongok aiissshhh.. Cuma yang buat aku surprise tu bila dia pun orang kita. Kamek kitak. Aku x sangka plak. Coz dari cara ia bercakap macam orang sini jak. Bila kenal lama ni baru la tanya perihal peribadi. Sebelum ni malas mo menyibuk tapi bila dia start bertanya itu ini so aku sebagai kawan pun kena la tanya. Walaupun kadang-kadang dia xkan jawab pun apa aku tanya. Ntah apa la berahsia sangat. Mungkin tu cara dia la kot. Lebih suka berahsia macam tu.

Cara aku simple je, orang tanya aku jawab. Orang x tanya aku diam. Coz mau menyibuk tu.. Eh, aku nak ceta pasal dia ke the whole entry ni?. Xmo la share pasal dia. Biar aku sendiri saja. Xmo share apa2. Kang x pasal-pasal melekat lagi dengan yang lain. Makan hati berulam jantung lagi kita. Ahahha. Helooo..! Dia bukan special bf. He's just a friend. Special friend. That's all. Over plak.

By the way, minggu depan my kazen nikah. Aku ada la try baju kurung yang mama bawa aritu. Ok.! longgar.. Before ni, aku pkai memang ngam-ngam badan. Nampak lelemak tangan lagi. Tapi sekarang macam pakai baju tdo. Haha. Baju kurung mama tu. Mama dah bising dah tu. Cukup la diet tu. Cukup la senam tu. Kang kurus sangat x cantik. Ya, memang tapi belum sampai target lagi. Nak x nak kena usaha lebih 2 bulan ni. And nasib baik, teman angkat aku bagi support yang teda berbelah bahagi. Haha. Dia kata peduliakan apa orang cakap. Yang penting hati kita puas. Haaa, betul. Tu aku sokong 100%. Selagi x puas hati xboleh nak stop la kan. Nanti ada unfinished business plak. Tu yang x best. Sesat la dulu 2 bulan ni. Xpa. Hope b4 raya which aku malas nak balik. Muktamad.! Ingatkan balik tadi. Haha. 

And kenapa mesti aku x balik? Apa sebab musabab nya?
Sebab aku xtau how to face with the situation. Amboiii speaking engkoo. Haha.. Hambik.. Ntah la. Aku pun xtau macam mana mau cakap. Explain. Susah jugak. Bukan aku x sayang cuma lebih kepada terkilan. Aku dah banyak mention. Terkilan x sama rasanya dengan sakit hati.
Lebih kepada kecewa. Aku sebenarnya malas nak up hal ni lagi tapi aku pendam x guna jugak. Sendiri sakit. Macam kawan aku cakap aku ni kuat pendam. 

Kenapa aku xnak balik?. Sebab aku xmo aku tunjuk muka aku yang betul x suka. Daripada bermasam muka lebih baik aku mengelak dari jumpa. Betul x? Aku cenderung jadi orang yang kurang ajar bila aku x suka. Tu la kelemahan aku sekarang. Aku xmo keluar kata-kata yang bakal menyakitkan aku dan orang yang aku sayang. Bukan aku x boleh terima. Boleh. If dorang bagitau awal lagi aku sendiri boleh berundur. Bagi dia peluang. And aku dah bagi banyak peluang. Alasannya common xmo melukakan hati. And xtau bila mo bagitau. Ingatkan benda dah settle. Hello, benda tu x settle la bila mamat tu msg and kata nak meminang dalam masa berhubungan dengan orang lain. Macam aku yang bodoh sendiri tau x? Aku marah bab tu je. Aku dok tunggu dia berbulan-bulan hanya untuk ini ke? No.! I deserve more. Apapun buat masa ni aku berusaha untuk bertenang. Dengan mama pun aku x sebut hal ni. Sepatutnya berbincang. Coz bulan 5 rombongan lelaki tu nak datang. Untuk dia. So, daripada aku dok menghadap muka sorang-sorang yang pasti akan pandang aku dengan muka kesian or gelakkan aku lebih baik aku stay sini. 

Raya tahun ni pun aku rasa kurang sikit. So aku buat keputusan aku just stay sini. Drastik? No la. Ini la aku rasa keputusan paling terbesar yang pernah aku buat. Selain daripada benda lain yang x berkaitan dengan keluarga.... Cukup dah ke aku meluah? Yakin xda benda lain lagi aku nak luahkan? Ntah la. Hati manusia ni macam aliran sungai. Boleh berubah-ubah. Apapun, buat masa ni just fokus diri sendiri.. 

Wassalam :)

Tuesday, March 1, 2016

Shift Enter

Assalammualaikum..

Entah dah berapa kali muka aku terpampang di Mcd Damai ni. Ada masa penuh tempat ni but ada masanya macam 'Hey mana semua orang??'... Kadang-kadang tu awkward la jua kan tapi do I care??. Lepak sorang macam kesian sangat ker? Yelah sebab bila member tanya dengan sapa aku just jawab 'Alone'... Then the respond tu agak shocking. Apa? Sorang?.. Kenapa sorang? Kawan mana? X bosan ker sorang-sorang?

Aku nak jawab pun salah-salah. Pasal apa? Sebab aku rasa benda ni biasa. Well, aku admit aku bukan orang dari sini. Perantau la katakan. Tapi x bermakna aku xda kawan. Cuma ada masanya aku lebih suka sorang berbanding ramai. Macam masa-masa begini la. Mostly kawan lelaki. Xkan la ajak member ni malam ni malam esok lain plak. Kang orang ingat aku tukar pasangan. X naya ker nanti? Padahal kawan jer..

Oh ya, bercakap pasal ni semalam aku buat kerja agak gila la sedikit. Haha. Sikit gila je laa yeee. X lebih. Aku memang xdapat tdo semalam. Tambah lagi member msg nak ajak lepak. Aku apa lagi x fikir banyak start enjin keta n gerak. Padahal direction pun xtau ni. Haha. X berani mati ker tu? Paling sadis bila spek langsung aku lupa nak pakai. Bayangkan malam. Aku driving tanpa spek mata kesayangan?. Slow beb slow. Tapi alhamdulillah. Aku tiba dengan jayanya ke tempat si sahabat. Not forget to mention, aku sesat jugak ok!.X sah berjalan sendiri kalo x sesat. 

Ok. Abis kisah lepak. Kisah balik plak. Hahaha. Lagi funny. Member dah siap pesan dah ikut jalan mana. Kiri kanan.. Jalan lurus. Haha. Trafik light yang sepatutnya aku lurus aku membelok ke kanan..! Pintar sangat la. Akhirnya aku memandu sampai ke Ampang!. Nasib baik ada masih tersimpan kewarasan diri (sebab dah mengantuk giler) aku buat U-turn. Baru la aku menuju jalan ke arah kebenaran. Nampak jak signboard Batu Caves senang terus hati. Jumpa lagi signboard Sg Buloh lagi sedap hati. Ditambah lagi mayonis + sos cili Taste Me memang mantap ah gabungannya.

Akhirnya aku sampai rumah dalam 5am kot. Mula-mula ingat xmo la tdo sebab akak kan mau g kja. Tapi mata memang x boleh tahan. Tdo. Bangun jam 7 lebih tu memang rasa mau muntah saja. Seksa jugak nih. Aku try la bayangkan macam mana la orang yang x tdo 1 hari tu boleh buat kja esok hari. Kalo aku dah lama jadi zombie kot. But aku tabik springgg la member tu. Selalu buat macam tu. Boleh tahan badan dia. Arghh dok fikir pasal dia ni, budak tu selalu sibuk. Plan hang out sama selalu x menjadi. Ada saja halangan. Biasalah orang sibuk dengan kerja yang x pernah mau settle.. Eh, terasa hati ke??? Oh tidak sama sekali. Merajuk jak kadang-kadang. Tapi xda la merajuk macam gf bf tuuuu. Kami just sahabat. And that's it....

Makin lama makin penuh plak Mcd ni aku tengok. Ada member nak join tapi sampai sekarang batang hidung x nampak. Alaa, biasa la bah tuuu. Ada hal lebih penting. Itu la pasal suka duduk sorang. Xperlu fikir mau tunggu. Ni selagi x datang, selagi tu tunggu datang ke x makhluk Allah ni.. Aku dah msg terpulang dia la ye. Datang or x. 

Aku nak kabo 1 benda je. Seluar jeans tahun-tahun lepas yang aku xleh masuk langsung sekarang dah boleh sarung da. Longgar ok!. Haha Ok itu saja untuk arini. Sila senyum dan enjoy reading my humble blog. Wassalam :)

Monday, February 29, 2016

Mix Feeling

Assalammualaikum.....

Membawa diri melepakkan diri?
Apa maksudnya erk?. Tu maknanya aku sekarang melepak seorang diri lonely tanpa teman berbual. Amacam?? Sweet x ayat aku?.... Bluuueeeekkkk! 
Well aku memang macam ni. Lebih suka duduk sorang dok perhati orang sebelah kiri kanan depan belakang aku ni hah... Sambil2 dengar lagu faveret aku ni. Memang susah laa nak berenti kalo macam ni. Apasal ayat aku mcam girl sweet sweet ni? Macam aku geli weiii.... 

Oh ya, tadi aku dapat khabar member aku x lama duduk KL ni. Agak2 bulan 6 dah balik Sarawak balik. Allaaaaaa. Aku ingat lama la boleh melepak n mencari rezeki di sini. Aku dok aritu fikir macam mana mau buat cover letter. Susah dow aku nak mengarang dalam Bahasa English terchenta ni. Gagal aku macam ni. Apapun aku try la jugak. Bercampur baur perasaan aku menengoknya. Hahah...(Namapak sangat la teruknya aku mengarang dalam bhs ibunda niiii~~)... 

By the way,tadi aku meninguk berita Tv3. And bila member Wechat update lagi pasal tu baru aku teringat balik. Kisah seorang ibu membuang anaknya yang berusia sehari yang masih bertali pusat dari tingkap tingkat 18. 18..! Tinggi..! Beb, baby beb. Baru sehari usianya. Ya Allah.. Sanggupnyer pompuan tu. Or shud i said betina? Tapi macam kasar sangat. Guys, walau apapun alasannya pun tu bukan tindakan yang bijak. Baby. Makhluk bernyawa. Bukan bantal ke kayu. Bayi.!! Whatever it is, dia memang perempuan yang pentingkan diri sendiri. Bayangkan dari tingkat 18. Kita yang melompat keluar dari tingkap umah yang x bertingkat ni pun sakit kaki, apa lagi baby yang tidak terdaya. Ya Allah. Aku xnak komen banyak sebab sakit hati beb. Walaupun Wanita Besi, bila berkaitan dengan budak-budak aku memang pantang. Sedangkan sekarang aku menjaga anak buah aku sendiri sebab x yakin dengan pengasuh luar ni. Banyak kes melibatkan penderaan ni. Scary oooo...

Then, let's stop here. Aku kena balik umah. Lewat kang takut berjalan kaki. Takut dengan momok. Hahha.. Wassalam :)

Saturday, February 27, 2016

Wanita Besi

Assalammualaikum.....

Siapakah Wanita Besi? 
Pentingkah dia?

Sebagai pengenalan Wanita Besi ini dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana yang bahagia. Berasal daripada Sarawak Bumi Kenyalang. Bertuahnya dia. Mempunyai ibu bapa yang sangat menyayangi dirinya. Cukup dikhabarkan aku mempunyai 4 orang adik beradik. Perlu aku kenalkan 1 per 1?.. Aku ada abang, kakak dan adik kembar. Kebanggaan ibu bapaku. 

Izinkan aku memperkenalkan personaliti Si Wanita Besi ini.. 
Seorang yang ceria. Hahah. Kita puji diri kita dulu ye. Lepas ni kita kutuk.
Amat meminati aktiviti yang lasak. Sukakan aktiviti mencabar (cuba belum berpeluang untuk mencuba aktiviti extreme).. Seorang yang agak pendiam. Lebih gemar menyendiri dan memerhati orang sekeliling. Melihat gelagat orang sekeliling membuatkan aku banyak berfikir. Kadang kala lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan kata-kata yang belum tentu enak untuk diucapkan. Betul x?..
Apa lagi erk?? Ahh..... Aku seorang yang agak kasar. Kasar . Kasar. 
Itu je laaa. Keburukan yang amat buruk. Hahaha... Apapun just be urself.

Besi adalah unsur kimia dengan simbol Fe (dari bahasa Latin: ferrum) dan nomor atom 26. Merupakan logam dalam deret transisi pertama. Ini adalah unsur paling umum di bumi berdasarkan massa, membentuk sebagian besar bagian inti luar dan dalam bumi (sumber google.com. Dalam erti kata lainnya, besi satu unsur yang keras yang terbentuk hasil daripada tekanan-tekanan yang wujud disekelilingnya. 

Begitulah aku. Kenapa aku gelarkan diri Wanita Besi?. Itulah maksudnya. Pengalaman membuat aku semakin teguh. Keras. Tiada lagi 'percaya' dalam kamus hidupku. Just percaya pada diri sendiri. Kenapa?....