Monday, March 14, 2016

Let it Go.!

Assalammualaikum...

Entah kenapa 2 3 hari ni terlampau banyak kejutan yang aku dapat. Jumaat dengan soalan yang ditanya yang buat aku berpeluh berfikir apa mau di jawab. Even aku duduk dalam bilik ber-Airkon, still aku rasa panas on that day. Susah hati sampai terfikir mau membawa diri berjumpa dengan Bff ku - Cik Didie. And I did..! Sabtu lepas aku keluar dengan mama n gym, aku kuatkan diri untuk bertemu dengan penenang jiwaku di Cheras. Aku dah x mampu percayakan orang lain lagi. Lepas apa yang jadi. Even dengan mama aku kurang meluahkan perasaan aku lagi. Lebih kepada mengelak diri untuk berbincang. Serius aku x selesa lagi. Syukur alhamdulillah aku ada kawan seperti Cik Didie. Kata-katanya walaupun betul mengena di hati but aku lebih suka begitu. Benci aku mo dengar ayat clise yang buat aku sedap hati tapi sekejap saja.

And today aku merasakan aku sudah melukakan hati orang. Hati orang sekeliling. Guys, aku cuma mau memikirkan masa depanku. Cuma tu yang aku fokuskan buat masa ni. Tiada yang lebih penting dari itu. Kerja ni? Aku akan lakukan sebaik yang mungkin sebaik yang aku mampu. I need this job. For me and for my mom/dad.. 

So, am sorry. Wassalamm...

Sunday, March 13, 2016

Halwa Telinga

..........................................



Tab Tab Tab

Assalammualaikum...

Actually aku langsung xtau apa sebenarnya aku nak kongsikan. Fikiran aku serabut.. Aku bawa diri ke tempat bff aku pun bersebab. Sebab tiba-tiba aku ditanya soalan yang aku buat aku rasa takut.. Soalan yang selama ni aku mengelak untuk ditanya. Sejujurnya, aku masih x boleh lupa dengan apa yang jadi walaupun aku kata aku dah ok. But I'm not ok. Serius. Mo tipu orang lain mungkin mudah but diri sendiri mau ditipu?? Sendiri saja ko sakit beb. Makin ko kata ko ok, makin terluka ko rasa. Aku masih belum mampu terima apa yang orang buat dengan aku sebenarnya. How to express??.. Clueless..

Bila bff aku cerita kisah semalam benda yang berulang dan ada penambahan, aku jadi lagi terluka. Teruk sangat ke peranan aku sebagai Kakak sampai aku dikhianati sebegitu teruk sekali?. Bukan aku x terima apa yang sudah tertulis untuk aku, cuma aku rasa teruk. Aku x boleh terima pengkhianatan tu. She's my Sister.! My twin..! Aku sayang dia. Aku percaya dia. Sampai hati dia buat aku sebegini teruk?. Aku nak salahkan lelaki? No.. That man oledy blame me. Aku yang silap di matanya. Why? Why me?. Kenapa berturut-turut?. Apa silap aku?.....

Semakin aku fikir semakin aku rasa down. Bila kawan aku tanya soalan 'Ko mau teruskan sebagai kawan atau hubungan yang lebih jauh', jawapan aku simple je. Aku kata aku x sedia lagi. Seriously aku x pernah terfikir untuk memulakan relationship. Komitmen lagi. Aku jadi takut wei. Takut dengan apa yang bakal berlaku lagi. Aku dah x sanggup ambil risiko. Risiko tu terlalu berat untuk aku tanggung. 

Aku nak hidup gembira beb. Aku rindukan diri aku yang dulu. Serius aku rindu aku yang dulu. Memang x berbaloi selama ni aku tunggu dia. Tunggu walaupun aku sendiri yang sakit. Akhirnya ni yang aku dapat. KECEWA..!

Thursday, March 10, 2016

Lovely Friday

Assalammualaikum....

Yeahhh..! Akhirnya~~~. Eh apakah maksud anda akhirnya????. Heheh, baru dua hari keja dah rindu mau cuti. Bengong nyerrr otak. Masa jadi penggangur dulu terfikir nak menyibukan diri dengan kerja. Lepas tu kadang-kadang kebosanan yang amat sangat. Sekarang ni?? Rindu nak bangun lambat la. Apa laaa. Itu laaa. Ini laaa.. Tapi ko patut bersyukur. At least ko dah keja. Xyah fikir banyak. Just fokus dengan kerja jak. 2nd day kerja agak mencabar jugak. Aku belajar banyak benda baru. If sebelum ni aku lebih kepada menyuruh or meminta bantuan dengan kerani sekarang aku sebagai kerani sendiri kena buat apa yang aku suruh orang buat dulu. Ahahah. Ahhhhh, perasaan anda??. Happy and challenging. Buat masa ni aku sorang je gegirl. Dengan aku kerja ni pun kebetulan kawan aku. So, banyak belajar dengan dia la. Arigato chinggu (haha bercampur-campur bahasa nyerrr)

Oh ya, aku nak ceta pasal kisah semalam.. Semalam kan aku melepak Mcd all by myself (haha konon nyeeee).. Kebetulan plak kawan aku tu x semena-mena muncul tanpa persetujuan or penjanjian melepak bersama. Tiba-tiba jer dah muncul depan mata. Lawak sehhh. Apapun, kami borak punya borak sampai aku nak meng-Update blog pun terbantut dengan jayanya. Hahaha..

We share a lot. Kami open. Tapi aku yang pendiam jadi orang yang banyak cakap. Serius seh aku pun xtau kenapa aku plak banyak membebel dari sebelumnya. Well, i know why. Coz aku dah agak selesa la dengan 'laki' kawan aku ni. Nama sama. Sebab tu la kot. Sesuai bersama jugak kali ahhhh. Ok! Itu just gurauan. Hahaha. No hurt feeling or sentap menyentap.

Kisah semalam tu agak sukar untuk dibicara tapi memandangkan orang tanya so I'm willing to answer. Supaya terluah jugak la apa yang dipendam selama ni. Almost 3 weeks la kali kan suda. Huhu. Nora, u r strong. So jangan melatah banyak (walaupun ko kategori orang yang pandai melatah.. ehh, ko mo bocor rahsia kenapa??? Ishhhh)... Dugaan hidup ni kadang-kadang x seperti yang kita harapkan or seperti yang kita tengok dalam TV. Happy ending pun macam sengsara jua. So, just live ur life just like that. Susah puaskan hati orang but who cares??. Kita hidup bukan untuk memuaskan hati orang. We live for ourself. Not other..! Mengpai ma??.

So, that's it. Cukup dulu. Sejuk dow dalam ofis ni. Tunggu staff baru sorang lagi baru aku pindah ke tempat ku. Hehe.. Wassalam... :)

Home End

Assalammualaikum...

Waaaaaaa.......~~~~!!!!. Feelin' menjerit plak ni. Terasa baru terjumpa PC + Wifi. Hahah. (padahal malam-malam melepak di Mcd). Ok. Semalam aku xda lepak Mcd pun. Sehari yang lepas pun teda. Ehh, ke ada.? Aku pun da lupa bila banyak benda yang aku dok fikir semenjak 2 3 menjak ni.. 

Oh ya, semalam aku dapat Whatsapp. Diterima kerja katanya. Wahh, aku pun over la eksited. Sepatutnya mula isnin tapi ntah kenapa tiba-tiba tak semena-mena dia suruh mula arini plak (Khamis bersamaan 10.03.2016 - selepas gerhana matahari berlaku hehe).. So, aku just terima jak la walaupun gaji x seberapa. Tapi aku just terima. Dari langsung aku x buat apa di rumah. At least kena maki la jugak kan. Bergaul dengan orang yang bukan dari 'comfort zone'.. Kepelbagaian bak kata kawan aku tu. 

So, pertama hari kerja?.. Agak membosankan. Coz dari pagi aku keseorangan. Ditemani oleh PC yang dok memandang aku dengan renungan yang sukar untuk dimegerti. Hahah. Tapi nasib baik la ada jugak teman. Sama kawan kerja. Sama-sama belajar fotostat + scan + printer. Walaupun dah tau tapi sebagai insan baru menceburi bidang pengkeranian ini, x salah rasanya aku belajar ilmu itu lagi. Kot-kot boleh menambahkan dan mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada. Once jariku menari di keyboard ni, penuh 1 ofis bunyinya. Tet tet tet tet tet tet tet tet. Tapi ni x mampu mengalahkan Kakak Typewritter di opis lama. Sukar untuk di lawan kepantasannya menaip seperti keretapi yang bergerak tanpa henti. Wait! Apa yang aku dok melalut ni??

Heheh, apapun kembali ke kehidupan dulu. Hidup bekerja. Bersedia untuk dimarah, untuk dimaki, untuk dimalukan dan sedia untuk belajar. Itu yang paling penting. U can do it, Nora.. I believe in U. Chiayooo! Fighting!.. 

Monday, March 7, 2016

Time Will Heal

Assalammualaikum...

Aku xtau kenapa aku buat tajuk entry macam tu. Lebih kepada penyedap rasa sebenarnya. Hahah. Aku ada gud news. Esok aku ada interview keja As Admin. Boleh la kan dari xda langsung. Mencuba saja. Kot-kot nasib menyangkut la kan. Rezeki ni kita xtau. Just berusaha saja la.. Doa yang baik-baik saja..

Oh ya, sebenarnya sebab utama aku update 2 entry malam ni untuk menceritakan segala yang terbuku di hati. Kalo tunggu esok, malam ni mesti ad story baru. Malas mau kumpul lama nanti tertinggal maklumat penting. Hahaha. Amacam? Ada thrill x?? Hahahaha.. Aku ada kenal mamat ni. Dah lama rasanya dia ni ada dalam contact Wechat aku. X pernah nak bertegur sakan la. Setakat like moment macam tu. Mula-mula aku agak annoying la dengan dia ni. Yelah dalam sehari xdapat nak kira berapa kali up moment. Banyak sangat kot. X larat mo like. Yang pasti dia sangat rajin bab up moment. Hobinya kali ya. Hahah (Abis aku ke sembur jap g dgn dia kalo dia ada baca hahah)...

Sampai ada 1 hari tu dia tegur aku di moment. Dia komen moment aku up pasal melepak sorang di Mcd. X lama lepas tu ada muncul private msg dari Mr Tralala.. Aku mula-mula ingat kawan aku tu. Lady Tralala. Mula-mula nama dia Miss Tralala. Mana x aku terkonpius banyak. Akhirnya aku faham. Laki bini rupanya tapi yg sadis x kenal pun. Nasib baik aku ada. Boleh buat jejak kasih. Hahaha. Akhirnya berjumpa di alam maya. Hasil bantuan aku yang comel lagi lotey. Hahahaha... Aku siap ScreenShot sebagai bukti nama sama. Since that day, dia pun merajinkan diri msg aku. 

Apapun, bila ada kawan sekepala gitu aku jadi suka. X serabut. Ayat mengorat dia tu pun aku x terasa ngorat sangat. Lebih kepada gurauan kawan kepada kawan. Sweet tau x?? Aku rasa selesa. Aku ada banyak ayat dia aku nak copy n paste. Tapi aku malas nak scroll balik dari atas msg tu. Penat jari ni haaaah.. Dia boleh jadi kawan yang baik. X mengharapkan apa-apa sebagai balasan... Walaupun ayat agak clise. Hahah. Apapun kawan, aku suka bkawan ko. Walaupun ko agak poyo tapi aku berterus terang orangnya. Keep it up. Macam ko cakap bukan mudah nak kenal orang. Bukan dalam masa yang singkat. It's takes forever nak kenal seseorang. Walaupun kita rasa kita dah kenal, trust me. Ko x kenal langsung. Boleh berubah sekelip mata saja... 

:) .. Wassalam... 

Pause And Break

Assalammualaikum 

Miss me?? Heheh. Sorry lama x update apa2. Ehh macam bertahun plak rasanya.. Yelah agak lama la jugak walapun baru 2 hari. Eh silap 3 hari. Hari-hariku minggu lepas dipenuhi dengan gelak ketawa. Well, bukan apa aku ngedate dengan Bff kesayangan. 

Awal sangat aku buka ceta pasal Bff ni. Hahaha. Sepatutnya ada mukadimah dulu. Aku sebelum aku mula mari aku kenalkan sahabat dunia akhirat aku ni. Nama diberi Bryanna Didee. Umo sama macam aku juga. Comel orangnya. Muka fotogedik sebab bila selfie mesti lawa la kejadian gambarnya. Aku pun join jeles sekali. Hahah. Kami kenal dari Form 1. Mula-mula tu aku x rapat sangat dengan dia ni. Lebih rapat dengan adik kembar tu. Xtau macam mana kami menjadi lebih rapat. Sampai la sekarang. Kadang-kadang boleh gaduh jugak. Sebab minah ni kalo bab tegur menegur memang kaw kaw punya la. Xda tapis. Ko nak terasa ke ko nak sentap ke ko punya hal. Yang penting ayat dia memang pedas tapi menyedarkan. That's why kami bertahan berkawan sampai sekarang. Dia tak pernah nak tipu melainkan ada perkara yang dia patut rahsiakan daripada aku.

Ok aku mulakan kisah kami berdua. Eh silap. Berenam. Campur mama, bapa, Akak n Ayesha. Sabtu lepas kami jumpa. Melepak + Tengok wayang (ceta x best. x berbaloi sungguh). Kononnya mau liat Munafik tapi full house. Ada seat kosong tapi Lady Tralala ni xmo sebab kalo menjerit nak peluk sapa? Xkan orang sebelah yang x kenal. Kena penampar sulung x pasal-pasal kang. Sebab tu la kami terpaksa liat movi yang tidak kurang jugak jeritnya ( Funny is kami dua saja yang mejerit. Orang lain gelak kat kami kot. Nasib duduk belakang. Hahah).. 

Hari tu memang aku xda pantang langsung la mo makan sampai timbul 1 hastage- hari makan apa-apa saja. Hahaha. Sebab aku nak makan je. Xnak fikir pasal diet semua. Well, aku happy kot jumpa orang yang aku sayang. She's always protect me. Selalu bagi nasihat. Dalam masa tu kami share story. Well, kami rupanya sama-sama terasa hati dengan apa yang jadi. Dia gtau dia mimpi aku. Mimpi aku tengah nangis sambil kata sakit D. Hati sakit sangat. Sedar-sedar dia pun mengalirkan air mata jugak. Apapun, kini masa kami bersuka ria. X perlu fikir apa-apa lagi. Fikir diri sendiri and perkara yang mengembirakan kami. Rasa bertuah ada kawan macam ni. Walaupun kadang-kadang dia ni menyakitkan hati. Hahaha... 

Sebab x puas lepak, aku pujuk la dia stay umah. Hehe nasib baik la pujukan tu menjadi kan..?? Heheh. So, dia stay sehari di rumah. Malam tu ajak g Uptown. Tapi kesian la dia. Mengantuk kepenatan. So, balik tu memang sama-sama pengsan laaa. Sebab esok pagi plan nak keluar gak. Keluar lagi utk kali kedua. Kali ni kami main bowling. Hahah. Best dow. Mama, akak and Lady Tralala baru 1st time main. Paling sadis bila bapa baling bola bowling bukan ke depan. Tapi ke belakang. Hahah sakit perut gelak dow. Serius lawak. Lawan punya lawan paling teruk akak la. Asyik ke longkang je. Faveret spot agaknya. Mungkin tu la kot spot bagi orang yang 1st time main.

Aku nak update gambar tapi aku rasa biar aku rahsiakan identiti la kan. Lebih baik macam tu. Lebih kepada penceritaan dan bukan gambaran. Actually aku ada benda nak share. Banyak benda jadi dalam 2 hari ni. Tapi macam x best kalo aku campur kan dalam entry ni. Xpa. Esok aku update pasal hamba Allah tu. Ni pun dia dok tanya dia da ke x dalam cerita malam ni. Maafkan saya. Tiada. Hahah sebab entry ni cukup-cukup untuk ceta pasal jalan-jalan. Esok ye turn awak.. Phuuiiii.. Cakap formal plakkkk... Hahah.

Ok,see u again tomorrow iron lady. Be happy be cool be urself. I love u, Nora. Don't forget that. :) Wassalam....

Thursday, March 3, 2016

BackSpace CapLock

Assalammualaikum.....

Once again. I lepak kat Mcd coz semalam I x pegi pun.. Penat? X la just rasa malas. Lepas kejadian aku ... eh aku plak. Bukan I ke? Ahh, lantak. Lepas kejadian di mana aku keluar subuh driving semata-mata mahu melepak, esok harinya aku malas. Sebab my mom n dad ada di sini. So agak susah berhuha-huha. Hahah. Tapi aku masih boleh melepak di Mcd terchenta ini. Update blog yang x la seberapa aktifnya. 

Oh ya, actually aku ada benda mo share. Semalam bila aku Wechat dengan member yang aku panggil Encik Janggut tu, ada betul apa yang ia cakapkan. Bila kita dapat meluah perasaan yang terbuku di hati dengan orang yang kita selesa automatik hati jadi ringan. Betul kot. Coz lepas aku melepak dengan dia, aku agak rasa ringan ckit hati ni. Dia pun  ada tanya soalan dengan aku semalam. And aku kata aku akan luahkan di blog. Tapi bila dok fikir balik aku lupa apa soalan tu. Bongok aiissshhh.. Cuma yang buat aku surprise tu bila dia pun orang kita. Kamek kitak. Aku x sangka plak. Coz dari cara ia bercakap macam orang sini jak. Bila kenal lama ni baru la tanya perihal peribadi. Sebelum ni malas mo menyibuk tapi bila dia start bertanya itu ini so aku sebagai kawan pun kena la tanya. Walaupun kadang-kadang dia xkan jawab pun apa aku tanya. Ntah apa la berahsia sangat. Mungkin tu cara dia la kot. Lebih suka berahsia macam tu.

Cara aku simple je, orang tanya aku jawab. Orang x tanya aku diam. Coz mau menyibuk tu.. Eh, aku nak ceta pasal dia ke the whole entry ni?. Xmo la share pasal dia. Biar aku sendiri saja. Xmo share apa2. Kang x pasal-pasal melekat lagi dengan yang lain. Makan hati berulam jantung lagi kita. Ahahha. Helooo..! Dia bukan special bf. He's just a friend. Special friend. That's all. Over plak.

By the way, minggu depan my kazen nikah. Aku ada la try baju kurung yang mama bawa aritu. Ok.! longgar.. Before ni, aku pkai memang ngam-ngam badan. Nampak lelemak tangan lagi. Tapi sekarang macam pakai baju tdo. Haha. Baju kurung mama tu. Mama dah bising dah tu. Cukup la diet tu. Cukup la senam tu. Kang kurus sangat x cantik. Ya, memang tapi belum sampai target lagi. Nak x nak kena usaha lebih 2 bulan ni. And nasib baik, teman angkat aku bagi support yang teda berbelah bahagi. Haha. Dia kata peduliakan apa orang cakap. Yang penting hati kita puas. Haaa, betul. Tu aku sokong 100%. Selagi x puas hati xboleh nak stop la kan. Nanti ada unfinished business plak. Tu yang x best. Sesat la dulu 2 bulan ni. Xpa. Hope b4 raya which aku malas nak balik. Muktamad.! Ingatkan balik tadi. Haha. 

And kenapa mesti aku x balik? Apa sebab musabab nya?
Sebab aku xtau how to face with the situation. Amboiii speaking engkoo. Haha.. Hambik.. Ntah la. Aku pun xtau macam mana mau cakap. Explain. Susah jugak. Bukan aku x sayang cuma lebih kepada terkilan. Aku dah banyak mention. Terkilan x sama rasanya dengan sakit hati.
Lebih kepada kecewa. Aku sebenarnya malas nak up hal ni lagi tapi aku pendam x guna jugak. Sendiri sakit. Macam kawan aku cakap aku ni kuat pendam. 

Kenapa aku xnak balik?. Sebab aku xmo aku tunjuk muka aku yang betul x suka. Daripada bermasam muka lebih baik aku mengelak dari jumpa. Betul x? Aku cenderung jadi orang yang kurang ajar bila aku x suka. Tu la kelemahan aku sekarang. Aku xmo keluar kata-kata yang bakal menyakitkan aku dan orang yang aku sayang. Bukan aku x boleh terima. Boleh. If dorang bagitau awal lagi aku sendiri boleh berundur. Bagi dia peluang. And aku dah bagi banyak peluang. Alasannya common xmo melukakan hati. And xtau bila mo bagitau. Ingatkan benda dah settle. Hello, benda tu x settle la bila mamat tu msg and kata nak meminang dalam masa berhubungan dengan orang lain. Macam aku yang bodoh sendiri tau x? Aku marah bab tu je. Aku dok tunggu dia berbulan-bulan hanya untuk ini ke? No.! I deserve more. Apapun buat masa ni aku berusaha untuk bertenang. Dengan mama pun aku x sebut hal ni. Sepatutnya berbincang. Coz bulan 5 rombongan lelaki tu nak datang. Untuk dia. So, daripada aku dok menghadap muka sorang-sorang yang pasti akan pandang aku dengan muka kesian or gelakkan aku lebih baik aku stay sini. 

Raya tahun ni pun aku rasa kurang sikit. So aku buat keputusan aku just stay sini. Drastik? No la. Ini la aku rasa keputusan paling terbesar yang pernah aku buat. Selain daripada benda lain yang x berkaitan dengan keluarga.... Cukup dah ke aku meluah? Yakin xda benda lain lagi aku nak luahkan? Ntah la. Hati manusia ni macam aliran sungai. Boleh berubah-ubah. Apapun, buat masa ni just fokus diri sendiri.. 

Wassalam :)

Tuesday, March 1, 2016

Shift Enter

Assalammualaikum..

Entah dah berapa kali muka aku terpampang di Mcd Damai ni. Ada masa penuh tempat ni but ada masanya macam 'Hey mana semua orang??'... Kadang-kadang tu awkward la jua kan tapi do I care??. Lepak sorang macam kesian sangat ker? Yelah sebab bila member tanya dengan sapa aku just jawab 'Alone'... Then the respond tu agak shocking. Apa? Sorang?.. Kenapa sorang? Kawan mana? X bosan ker sorang-sorang?

Aku nak jawab pun salah-salah. Pasal apa? Sebab aku rasa benda ni biasa. Well, aku admit aku bukan orang dari sini. Perantau la katakan. Tapi x bermakna aku xda kawan. Cuma ada masanya aku lebih suka sorang berbanding ramai. Macam masa-masa begini la. Mostly kawan lelaki. Xkan la ajak member ni malam ni malam esok lain plak. Kang orang ingat aku tukar pasangan. X naya ker nanti? Padahal kawan jer..

Oh ya, bercakap pasal ni semalam aku buat kerja agak gila la sedikit. Haha. Sikit gila je laa yeee. X lebih. Aku memang xdapat tdo semalam. Tambah lagi member msg nak ajak lepak. Aku apa lagi x fikir banyak start enjin keta n gerak. Padahal direction pun xtau ni. Haha. X berani mati ker tu? Paling sadis bila spek langsung aku lupa nak pakai. Bayangkan malam. Aku driving tanpa spek mata kesayangan?. Slow beb slow. Tapi alhamdulillah. Aku tiba dengan jayanya ke tempat si sahabat. Not forget to mention, aku sesat jugak ok!.X sah berjalan sendiri kalo x sesat. 

Ok. Abis kisah lepak. Kisah balik plak. Hahaha. Lagi funny. Member dah siap pesan dah ikut jalan mana. Kiri kanan.. Jalan lurus. Haha. Trafik light yang sepatutnya aku lurus aku membelok ke kanan..! Pintar sangat la. Akhirnya aku memandu sampai ke Ampang!. Nasib baik ada masih tersimpan kewarasan diri (sebab dah mengantuk giler) aku buat U-turn. Baru la aku menuju jalan ke arah kebenaran. Nampak jak signboard Batu Caves senang terus hati. Jumpa lagi signboard Sg Buloh lagi sedap hati. Ditambah lagi mayonis + sos cili Taste Me memang mantap ah gabungannya.

Akhirnya aku sampai rumah dalam 5am kot. Mula-mula ingat xmo la tdo sebab akak kan mau g kja. Tapi mata memang x boleh tahan. Tdo. Bangun jam 7 lebih tu memang rasa mau muntah saja. Seksa jugak nih. Aku try la bayangkan macam mana la orang yang x tdo 1 hari tu boleh buat kja esok hari. Kalo aku dah lama jadi zombie kot. But aku tabik springgg la member tu. Selalu buat macam tu. Boleh tahan badan dia. Arghh dok fikir pasal dia ni, budak tu selalu sibuk. Plan hang out sama selalu x menjadi. Ada saja halangan. Biasalah orang sibuk dengan kerja yang x pernah mau settle.. Eh, terasa hati ke??? Oh tidak sama sekali. Merajuk jak kadang-kadang. Tapi xda la merajuk macam gf bf tuuuu. Kami just sahabat. And that's it....

Makin lama makin penuh plak Mcd ni aku tengok. Ada member nak join tapi sampai sekarang batang hidung x nampak. Alaa, biasa la bah tuuu. Ada hal lebih penting. Itu la pasal suka duduk sorang. Xperlu fikir mau tunggu. Ni selagi x datang, selagi tu tunggu datang ke x makhluk Allah ni.. Aku dah msg terpulang dia la ye. Datang or x. 

Aku nak kabo 1 benda je. Seluar jeans tahun-tahun lepas yang aku xleh masuk langsung sekarang dah boleh sarung da. Longgar ok!. Haha Ok itu saja untuk arini. Sila senyum dan enjoy reading my humble blog. Wassalam :)