Wednesday, December 28, 2016

Sweet Fight

Assalammualaikum....

Rasanya dah lebih seminggu aku x contact dengan Queen. Since aku tegur dia pasal WhatsApp. And tadi buat ayat x matang dalam group. Huhhhh..!!! Bila aku tegur sentap. Bila diam kang lebih-lebih. Huh!. Apalah salahnya bertindak sewajar dengan umur. X boleh or rasa tercabar sebab orang yang lebih muda menegur?. Sangat tidak matang.

Kira baguslah aku tegur thru WhatsApp saja. Kalo depan-depan? X meninggi suara?. Sepatutnya aku mengalah tapi bila memikirkan ketidakmatangan semakin berleluasa aku jadi makin sakit hati. Ntah setan jenis apa yang merasuk diri ini. So, in the end aku just balas apa yang aku rasa berhemah. 

Apapun, azam 2017 ni aku belum fikir lagi tapi rasanya tetap azam yang sama.. Pertambahan 1-2 azam baru which is aku belum dapat kongsi lagi. Apa yang aku perlukan sekarang adalah???? Short vacation. Sweet escape maybe? We'll see. 

Perlukan teman?? Mungkin tidak. Single nampak menyedihkan tapi aku harungi jua.. Yezaaa..!!!

Tuesday, December 27, 2016

Mimpi Yang Sempurna

Assalammualaikum...

Sepanjang tahun 2016, mimpi pagi tadi aku rasa yang mampu buat aku x berenti berfikir sampai sekarang. Dup dap dup dap dari siang tadi. Gosh, aku x boleh berenti berfikir. Haha. And oleh sebab itu aku mesti luahkan. Simpan lama-lama mau meletup otak aku fikir.

Aku masih ingat. Aku pernah mimpi situasi ni. Bezanya mimpi yang sekarang ni aku dijodohkan dengan orang yang aku x kenal. Aku terima pinangan tu tapi aku langsung xmo tahu siapa. Bagi aku masa tu aku malas mau fikir banyak. So, sepanjang masa tu (kalau x silap scene masa dalam sekolah), aku cuma mau belajar kononya. Ibarat budak baru masuk sekolah (padahal umo dah boleh jadi mama budak).. 

Then suddenly, ada orang bagi aku tengok gambar si tunang. Aku pun macam 'OHMYGODDDDD'...
Lelaki yang popular di sekolah. Ohmygoshhhhhhhh!!. Punya aku terkejut. Lelaki tu tahu tapi pura-pura xtau. So, no wonder dia jaga aku baik punya. Ibarat senior. Huhhh!. Mimpi mengarut apakah ini? Movie mana yang aku bayangkan before tdo?.. Tiada.

Apapun maksudnya,bagi aku tu cuma mainan tdo. Aishhhhh!!! Tapi still buat hati ini berdegup kencang-kencang. Hahahha. OK. Done.! Bye...!!!!! :P

Wednesday, December 21, 2016

Nora Tut Tut...

Assalammualaikum.....

Ok, malam ni kita nak kongsi apa? Isu semalam agak panas jugak laaa. Walaupun merapu sedikit. Ahh peduli.! Lupakan yang semalam. Kita focus here and now. Rogers punya pendekatan. Haha..

Tiap malam aku dok fikir 'apa aku nak buat malam ni.?' 'Keluar.?' 'With who.?' Then aku fikir balik. 'Bukan selama ni ko memang sendiri, so why bother now.?'.. So akhirnya kriik kriik kriik pun berlaku tanpa sedar. Sedar je aku dah sibuk menaip depan lappy ni hah. Haha. Korang  boleh la bayangkan if punya perasaan yang sama.

Aku suka mengadu dengan 'Sisterhood group' & dengan adik aku. Kenapa la kunun? Jawapanya aku memang sudah agak. Bukan tiada orang ajak keluar. Ada. Cuma aku menolak untuk x ke mana-mana. And sekarang mengadu. Bila orang ajak aku fikir 'ahhhh, di rumah lagi best. kalo mau keluar kena fikir baju, poket money, then tudung apa mau pakai.'

Teetttttt. :P

Tuesday, December 20, 2016

Vibe

Assalammualaikum.....


Curang.? Skandal.? 

Mungkin pendapat aku x sama dengan orang lain. Cuma aku luahkan apa yang aku rasakan. Sama ada betul or tidak terpulang pada pemikiran masing-masing. 

Apa pendapat korang tentang 'Group WhatsApp Sekolah Lama?'.. Bagi aku grup macam ni bullshit..! Sebab apa? OK. 1st aku xmo sentuh pasal grup lain walaupun tajuk grup x sama tapi apa yang jadi kesannya sama saja. 

Yes, sejujurnya if kita jumpa kawan dah laaaaammmmaaa x jumpa kita rasa sangat gembira. Kadang-kadang boleh teringat balik kenangan masa belajar dulu-dulu. Mengenang x kisah. Yang buat aku kisah bila dorang tidak hormat dengan masa sekarang. Keadaan sekarang. Married life. Zaman sekarang, dari yang aku perhatikan kisah suami or isteri curang bermula dari grup WhatsApp sekolah. Yang lost contact 20 tahun lepas (sebagai contoh). Jadi memang berhubung semula sangat best. Bagi yang tahu membataskan diri, tu xda masalah. Macam mana pula dengan mereka yang tidak tahu membezakan realiti & maya?

Peluang macam ni memang x akan dilepaskan. Betul? Terutama bagi yang mempunyai kisah 'cintan cintun' dulu-dulu. Mula la buat throwback. Bergurau senda. Sampai membawa ke PM..

Ok, sini aku bagitau bermula dengan Salam or Hi inilah yang membuka jalan kecurangan. Sama ada sedar atau tidak. Trust me. Aku pernah mengalaminya. Hanya kerana Hi, kita boleh rasa tergugat bagi yang masih mengingati zaman muda mudi dulu. 

Perkataan bergurau tiada dalam kamus curang. Bagi mereka bergurau tu sekadar bergurau sampai satu tahap gurauan akan bertukar pada 1 perasaan yang x dapat dikawal. Orang tua-tua ni bukan sedar. Bagi dorang, dorang dah cukup makan garam dengan hidup. Oh silap sama sekali. Kesilapan tidak mengenal siapa tua atau muda. Ia cuma mengenal mereka yang tidak pernah merasai / bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Aku boleh katakan mereka ni tidak bersyukur. Kenapa? Sebab dari ni mereka mula berbohong. Dalam keadaan x sedar sebenarnya. Aku x kata semua yang berhubung semula denga kawan lama akan curang. No. Tapi kebarangkalian tu ada. 

SO, aku buat keputusan yang sangat drastik. Menegur salah seorang yang amat aku sayang. Berharapan apa yang aku sampaikan akan membuatnya membuka mata & sedar apa yang dia lakukan adalah tidak betul & harus dihentikan. Kesannya? Seperti yang kamu fikirkan. Tindakan aku hanya mendatangkan kemarahan & rajuk di hatinya. Dengan beranggapan aku cuma berlebihan dalam berkata-kata. 

If aku x sayang, aku x kisah rasanya I don't give a shit pun apa dia mau buat. But sebab aku sayang. Aku xmo dia buat kesilapan yang bakal dia sesali kemudian. Ok, maybe aku over-react. Tapi respon aku berasas. Aku cuma buat apa yang patut seorang **** patut buat. Aku xkan biarkan. Ni melibatkan aku keseluruhan.. 

Cuma aku sedih bila teguran tu x diterima seperti yang sepatutnya. Dia cuma beranggapan au terlampau dalam berbicara. Aku berniat cuma untuk membetulkan niatnya sendiri. Aku x bodoh utk beranggapan gurauan sebegitu cuma sekadar gurauan. 

Bukti depan mata. SO, sekarang aku cuma mampu berdiam. Tunggu keadaan reda. Hey, aku pun ada ego. Cuma ingat, kalo aku x peduli pasal life dia aku xkan campur tangan. Aku sayang dia. Aku xmo dia buat silap yang pernah aku buat dulu. Walaupun berlainan tapi x jauh beza. Bezanya aku yang jahat.....

-IloveYou-


Monday, December 19, 2016

Moonlight

Assalammualaikum....

Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pasal sorang laki yang aku suka yang sudah pun sah menjadi hak orang. Betul??. And aku bersyukur dengan tindakan aku. Aku tidak pernah menyesal kenal & berkawan dengan dia. Dia pun banyak ajar aku banyak benda. So, I won't regret :). Thank You, Sahabat.

Habis kisah dia.

Sejujurnya, aku tidak kenal diri aku sendiri. Apa yang aku mahu. Siapa yang aku suka / cinta. Sampai sekarang aku keep reject sesiapa yang datang walaupun dalam hati kata 'Why not try'. Bila datang saja rasa mau try, terus stop. Berenti.! Korang tau x perasaan insecure dengan diri sendiri.? Letih dow..! Something wrong erk dengan aku??. Ehhh Nora. Ko jangan..! Hahah.

And semalam, kawan lama aku contact aku. Kawan yang buat hati aku berdegup yet selesa. Aku boleh katakan dia kawan yang agak special walaupun aku dah banyak kali lukakan hatinya. Sebelum ni pun kami pernah in relationship. Cuma aku putuskan bila aku dah terlampau kecewa. Bukan silap dia. Salah aku sendiri. Aku x pernah jujur. And aku fikir banyak kali kenapa aku bodoh sangat kecewakan dia. Lukakan dia dalam x sedar. Kebelakangan ni aku banyak fikir pasal dia. So, bila dia call aku semalam, aku happy sgt. Coz, bila aku tanya adik ada ke x dorang 2 contact, jawapan yang aku dapat agak mengecewakan.

Sebab aku tau dorang dua memang rapat. Then, he told me dia tenangkan hati dan diri dia. Ahhh, kenapa laaa aku lukakan hatinya lagi. Kejam sungguh ko Nora....  AKu bersyukur dia x pernah lupakan aku. Aku akan cuba tapi.......

Aku takut. Takut dengan komitmen. Takut dengan relationship yang mungkin tidak menjadi seperti yang aku harapkan. Banyak benda yang aku fikirkan. Dengan kekurangan yang aku ada, buat aku lagi rasa rendah diri. Yup.! Level keyakinan aku drop 100% dalam x sedar. Aku malu mengaku dulu. And aku mengaku sekarang. That's why dengan meluahkan semua benda yang berbuku di dalam hati dalam blog diharap dapat membantu aku sedikit.  X berharap banyak tapi at least I try.

-Trust me, Nora. Tiada Istilah 'Selama-lamanya'. U'll be fine-

Saturday, December 17, 2016

F.B

Assalammualaikum....

Dua hari lepas punya cerita. Malam tu jantung aku agak berdebar tanpa diketahui sebab musababnya. Tapi aku cuma abaikan. Malas fikir banyak. Sejujurnya risau bah tu. Takut ada benda x elok happen. Alhamdulillah tiada. And the next morning, aku terima message di FB. Someone yang aku cukup kenal tiba-tiba tegur. Terkejut? A bit.

So, kami sambung di WhatsApp. Mungkin dia sedar aku layan dia agak berlainan dari biasanya. So no wonder dia anggap aku sombong. Kalaulah dia tau apa yang aku rasakan masa tu, dia memang takkan message aku langsung. Sedangkan aku berusaha untuk melupakan sekerasnya.

Yes, Status dia berubah hari yang sama adik aku tunang. Sahabat aku tu dah jadi SUAMI orang. Orang yang aku suka & sayang tanpa sedar. Yup.! He's the One. Funny hah???. Tidak lahh. Aku bersyukur sebenarnya. Aku x takut untuk mengakui walaupun aku tau in the end aku x dapat apa-apa. Sejujurnya seumur hidup aku, aku x pernah seberani ini (meluahkan perasaan).

Aku sayang dia & sebab tu aku buat keputusan untuk tidak meneruskan. Aku bertekad untuk tidak melukakan diri sendiri lagi. Cukup. Aku menghormati Statusnya. Dengan berat hati, aku minta dia berenti berhubung. Bukan aku buang sahabat aku tapi aku tau aku sendiri yang akan sakit dan bukannya dia. Aku memikirkan ada hati lain untuk dijaga dan dihormati. Aku yang pernah merasai bagaimana sakitnya dikhianati x mahu benda yang sama berulang.

Sahabat, aku harap ko mengerti walaupun aku tahu ko sendiri tidak ambik pusing pun. You don't even care. Apapun, aku sayangkan ko. Cukup ko tahu. Aku akan mendoakan kebahagian ko dari jauh.

Encik Sado Aka King Of Teluq ")

Monday, December 12, 2016

Kawan

Assalammualaikum....

Jari aku mula 'menari' bila Mr Brain berusaha untuk mengelurkan idea dalam penulisan dengan suasana malam yang sejuk & x berapa nak terang ni. Aku sengaja tutup lampu, guna earphone dengan harapan aku mampu menenangkan diri lagi. Pilihan lagu jugak agak terhad untuk disesuaikan dengan halwa telinga yang agak 'cerewet'.. 

KAWAN.? Aku ada ramai kawan. Kawan media sosial. Beratus dow. Tiap kali update status / gambar opkos dorang akan Like. Kawan kan. Kawan mmg akan Like. X kawan xda dalam list friend. Tapi ni ke jenis kawan yang akan tolong kita masa susah?. Ker just akan Like / Komen ??... 

-Justmyown-

Sunday, December 11, 2016

Aib...

Assalammualaikum.....

Dah berapa bulan??.. Lama jugak aku menyepi dari 'bermadah helah'. Honestly aku langsung tiada rasa untuk menulis sepanjang tempoh masa tu. Sibuk? Ya..! That time aku terlampau sibuk dengan kerja, kerja and kerja. Tumpuan aku cuma kerja. Few months kerja Alhamdulillah aku dapat mengalihkan pandangan dan fikiran aku daripada terus memikirkan perkara yang tidak sepatutnya. And sekarang, The Old Nora kembali 'menyerang'. Why? Menjadi seorang pemikir tegar. Just think No Action. 

Apa yang menyebabkan aku tergerak menulis ni bila ada seorang wanita memuatnaik status yang pada pandangan saya agak sensitif dan secara tidak langsung telah membuka aib dirinya dan juga keluarga. Sejujurnya bila aku perhatikan, aku kesian melihat dia 'meyalak' serupa wanita yang tiada maruah. Let's see. Dia menunjukkan dia sebagai perempuan yang telah bercerai yang nampak tidak berpuas hati. Ok. I won't judge. Aku cuma membaca dan tidak sama sekali tahu hujung pangkal cerita. Tapi, kejadian sebegini membuatkan aku berfikir panjang. 

Kenapa teruskan perkahwinan yang dibina jika tiada lagi persefahaman dan akhirnya akan melukakan pihak lain terutama anak-anak dan ibu bapa. Pernah terfikir? Ya betul bercerai berai bukan satu perkara yang disukai Nabi kita. Namun, jika akhirnya terjadi seperti pasangan tersebut di mana masing-masing membuka aib yang tidak sepatutnya diketahui umum hanya kerana ingin memuaskan hati dan amarah?.. Tidakkah tindakan itu menampakkan 'belang' kita sendiri?

Mungkin apa yang aku katakan di sini dianggap bertentangan, namun aku sama sekali tiada niat untuk menolak & argue. Cuma pandangan aku sebagai seorang pemerhati. Aku baca 1 per 1 komen & maklumbalas wanita tersebut. Jika aku berada di tempatnya, aku sendiri berasa malu. Orang luar tidak sepatutnya tahu mengenai apa yang berlaku. Sedar atau tidak, orang luar cuma menjadi racun dan bukannya penyembuh.

And disebabkan hal-hal macam ni buat aku malas memikirkan bab kahwin. Zaman sekarang macam-macam benda / perkara yang jadi. Apapun, aku doakan kebahagian dan kerharmonian rumahtangga yang berpanjangan to my handsome cousin & his wife. X lupa juga pada semua pasangan yang telah dan bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada bulan ini. Aku tidak menolak perkahwinan tapi sekarang aku tidak terfikir untuk mendirikan rumahtangga dalam masa yang terdekat. Sedangkan kehidupan aku sekarang masih terumbang-ambing inikan pula membina komitmen yang belum tentu aku mampu hadapi. Well, aku tunggu adik aku selamat. Then baru turn aku. Hahaha.... Akhirnya dia dah jumpa yang dicari. Di depan mata tapi tidak terlambat untuk bermula semula.

Mudahan aku bertemu semula 'kekuatan' & 'keberanian' yang aku pernah ada dulu. Guys,, you know where to find me. I'll just be there. Tolong bantu aku untuk mencintai & mempercayai semula. Thanks. Wassalam...


-Imissyouwhoeveryouare-