Monday, December 19, 2016

Moonlight

Assalammualaikum....

Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pasal sorang laki yang aku suka yang sudah pun sah menjadi hak orang. Betul??. And aku bersyukur dengan tindakan aku. Aku tidak pernah menyesal kenal & berkawan dengan dia. Dia pun banyak ajar aku banyak benda. So, I won't regret :). Thank You, Sahabat.

Habis kisah dia.

Sejujurnya, aku tidak kenal diri aku sendiri. Apa yang aku mahu. Siapa yang aku suka / cinta. Sampai sekarang aku keep reject sesiapa yang datang walaupun dalam hati kata 'Why not try'. Bila datang saja rasa mau try, terus stop. Berenti.! Korang tau x perasaan insecure dengan diri sendiri.? Letih dow..! Something wrong erk dengan aku??. Ehhh Nora. Ko jangan..! Hahah.

And semalam, kawan lama aku contact aku. Kawan yang buat hati aku berdegup yet selesa. Aku boleh katakan dia kawan yang agak special walaupun aku dah banyak kali lukakan hatinya. Sebelum ni pun kami pernah in relationship. Cuma aku putuskan bila aku dah terlampau kecewa. Bukan silap dia. Salah aku sendiri. Aku x pernah jujur. And aku fikir banyak kali kenapa aku bodoh sangat kecewakan dia. Lukakan dia dalam x sedar. Kebelakangan ni aku banyak fikir pasal dia. So, bila dia call aku semalam, aku happy sgt. Coz, bila aku tanya adik ada ke x dorang 2 contact, jawapan yang aku dapat agak mengecewakan.

Sebab aku tau dorang dua memang rapat. Then, he told me dia tenangkan hati dan diri dia. Ahhh, kenapa laaa aku lukakan hatinya lagi. Kejam sungguh ko Nora....  AKu bersyukur dia x pernah lupakan aku. Aku akan cuba tapi.......

Aku takut. Takut dengan komitmen. Takut dengan relationship yang mungkin tidak menjadi seperti yang aku harapkan. Banyak benda yang aku fikirkan. Dengan kekurangan yang aku ada, buat aku lagi rasa rendah diri. Yup.! Level keyakinan aku drop 100% dalam x sedar. Aku malu mengaku dulu. And aku mengaku sekarang. That's why dengan meluahkan semua benda yang berbuku di dalam hati dalam blog diharap dapat membantu aku sedikit.  X berharap banyak tapi at least I try.

-Trust me, Nora. Tiada Istilah 'Selama-lamanya'. U'll be fine-

No comments:

Post a Comment