Tuesday, December 20, 2016

Vibe

Assalammualaikum.....


Curang.? Skandal.? 

Mungkin pendapat aku x sama dengan orang lain. Cuma aku luahkan apa yang aku rasakan. Sama ada betul or tidak terpulang pada pemikiran masing-masing. 

Apa pendapat korang tentang 'Group WhatsApp Sekolah Lama?'.. Bagi aku grup macam ni bullshit..! Sebab apa? OK. 1st aku xmo sentuh pasal grup lain walaupun tajuk grup x sama tapi apa yang jadi kesannya sama saja. 

Yes, sejujurnya if kita jumpa kawan dah laaaaammmmaaa x jumpa kita rasa sangat gembira. Kadang-kadang boleh teringat balik kenangan masa belajar dulu-dulu. Mengenang x kisah. Yang buat aku kisah bila dorang tidak hormat dengan masa sekarang. Keadaan sekarang. Married life. Zaman sekarang, dari yang aku perhatikan kisah suami or isteri curang bermula dari grup WhatsApp sekolah. Yang lost contact 20 tahun lepas (sebagai contoh). Jadi memang berhubung semula sangat best. Bagi yang tahu membataskan diri, tu xda masalah. Macam mana pula dengan mereka yang tidak tahu membezakan realiti & maya?

Peluang macam ni memang x akan dilepaskan. Betul? Terutama bagi yang mempunyai kisah 'cintan cintun' dulu-dulu. Mula la buat throwback. Bergurau senda. Sampai membawa ke PM..

Ok, sini aku bagitau bermula dengan Salam or Hi inilah yang membuka jalan kecurangan. Sama ada sedar atau tidak. Trust me. Aku pernah mengalaminya. Hanya kerana Hi, kita boleh rasa tergugat bagi yang masih mengingati zaman muda mudi dulu. 

Perkataan bergurau tiada dalam kamus curang. Bagi mereka bergurau tu sekadar bergurau sampai satu tahap gurauan akan bertukar pada 1 perasaan yang x dapat dikawal. Orang tua-tua ni bukan sedar. Bagi dorang, dorang dah cukup makan garam dengan hidup. Oh silap sama sekali. Kesilapan tidak mengenal siapa tua atau muda. Ia cuma mengenal mereka yang tidak pernah merasai / bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Aku boleh katakan mereka ni tidak bersyukur. Kenapa? Sebab dari ni mereka mula berbohong. Dalam keadaan x sedar sebenarnya. Aku x kata semua yang berhubung semula denga kawan lama akan curang. No. Tapi kebarangkalian tu ada. 

SO, aku buat keputusan yang sangat drastik. Menegur salah seorang yang amat aku sayang. Berharapan apa yang aku sampaikan akan membuatnya membuka mata & sedar apa yang dia lakukan adalah tidak betul & harus dihentikan. Kesannya? Seperti yang kamu fikirkan. Tindakan aku hanya mendatangkan kemarahan & rajuk di hatinya. Dengan beranggapan aku cuma berlebihan dalam berkata-kata. 

If aku x sayang, aku x kisah rasanya I don't give a shit pun apa dia mau buat. But sebab aku sayang. Aku xmo dia buat kesilapan yang bakal dia sesali kemudian. Ok, maybe aku over-react. Tapi respon aku berasas. Aku cuma buat apa yang patut seorang **** patut buat. Aku xkan biarkan. Ni melibatkan aku keseluruhan.. 

Cuma aku sedih bila teguran tu x diterima seperti yang sepatutnya. Dia cuma beranggapan au terlampau dalam berbicara. Aku berniat cuma untuk membetulkan niatnya sendiri. Aku x bodoh utk beranggapan gurauan sebegitu cuma sekadar gurauan. 

Bukti depan mata. SO, sekarang aku cuma mampu berdiam. Tunggu keadaan reda. Hey, aku pun ada ego. Cuma ingat, kalo aku x peduli pasal life dia aku xkan campur tangan. Aku sayang dia. Aku xmo dia buat silap yang pernah aku buat dulu. Walaupun berlainan tapi x jauh beza. Bezanya aku yang jahat.....

-IloveYou-


No comments:

Post a Comment