Tuesday, January 17, 2017

BerLagak

Assalammualaikum.....

Ok, kisah yaang aku mahu kongsikan ni jadi minggu lepas. Agak kesal sikit bila apa yang aku risaukan tidak dianggap serius malahan dianggap BERLAGAK semata-mata.

Aku ada seorang sahabat atau boleh dikatakan teman tapi mesra. Sejujurnya aku pernah menaruh perasaaan & dia sendiri aware pasal tu. So, kami just teruskan memandangan dia sudah pun bertunang. Dekat setahun lebih jugak la kami berkawan rapat. Sampai 1 tahap dia pun berkahwin. Dia ada juga datang jemput tapi aku x sanggup datang. Kenapa?? Sebab dia satu-satunya kawan yang aku kenal. Obviously dia memang akan sibuk layan tetamu. Daripada aku jadi kera sumbang, jalan selamat baik aku x perlu datang.

Seminggu or 2 minggu lepas wedding dia, kami ada contact sekejap. Bertanya khabar masing-masing. Masa tu aku dah start layan endah x endah la. Laki orang kot. Well, dia banyak bagi pengaruh dalam hidup aku la. Dia sahabat yg sgt aku sayangi. Tapi aku mesti set batas awal-awal. Aku hormat itu.

Macam ni, minggu lepas dia ada message. (Butiran msg terpaksa disembunyikan). So, dia ajak la lepak sebab kebetulan dia ada area sini. Dia tanya nak ke. So aku jawab la ok. Boleh saja. Then he asked again and again. Aku jawab senang saja sebab dia sendiri penah bagi jawapan macam ni. Nak datang, xnak x perlu datang. Senang. 

So, dari jawapan tu la dia kata aku ni BERLAGAK. Aku pun tersentak. Berlagak? Tang mana aku berlagak??. Panjang lebar dia balas. Aku x mampu balas pun sebab aku balas x guna bila dia sendiri dah fikir macam tu. Mampu ka aku ubah fikiran dia yang dah memang fikir macam tu?.. 

Sahabat, cuba fahami aku boleh x?.. Aku x minta banyak tapi tolong faham aku. Perasaan aku towards ko belum hilang sepenuhnya. Jadi, tolong laaa mengerti kenapa aku cakap macam tu. Bukan berlagak. No.! Hey, aku happy ko ajak aku lepak. Lama kot x borak mcm orang gila dengan ko. Aku masih simpan lagi kot lagu yang ko nyanyi tu. Sampai bila-bila aku simpan.

Mungkin lepas ni ko dah x msg aku lagi. Tegur aku pun x mungkin. Aku redha beb. Aku tetap anggap ko istimewa dalam hati aku. Aku cuma mampu doakan ko bahagia dengan wife & bakal hero heroine kelak. Ko happy aku dah happy dah.

Well, cinta x semestinya memiliki kan?. Bagi aku peluang move on k.. And maafkan aku selama kita kenal aku ada buat salah. Halalkan apa yang pernah ko bagi aku dulu :)

No comments:

Post a Comment